Thursday, January 14, 2021

Ya Allah jagakanlah pakcik makcik ini semua. Ampunilah kami semua. Sayangilah kami semua-ebitlew

 Sayu jer bila ziarah pakcik makcik ini semua. Walau jauh penat paling bahagia bila dapat lihat senyuman di wajah mereka. Ya Allah jagakanlah pakcik makcik ini semua. Ada yang tinggal seorang diri dalam lumpur banjir. Ada yang tinggal atas rumah bot jaga rumah dan barang atas air. Jadikan bot lalulan kena merangkak. Walau rumah kecil dan tandas sangat usang diluar. Walau duduk di pusat di sekolah yang banjir. Duduk tingkat atas jer sampai lebih 5 hari. Tak kemana-mana. Tanpa elektrik dan air bersih. 


Ya Allah jagakanlah pakcik makcik ini semua. Ampunilah kami semua. Sayangilah kami semua-ebitlew








Sumpitan,Lenggong!..

 "Sumpitan Glamping is now open!!. Jom menikmati keindahan alam yg masih prestine, udara segar dan air jeram yang suci murni di Sumpitan Glamping, Lenggong. Semua kemudahan ada 












Harga sempena pengenalan adalah RM70 per person termasuk breakfast (kanak2 bawah 4 tahun percuma)...call/whatsap 0138571561 atau click-  https://www.facebook.com/sumpitanglamping/


Sesuai untuk percutian, family day, gathering, team building, kaki riding, kaki cycling, kaki pancing, kaki hiking/climbing/cave exploring, kayaking, food trails - atau just nak chill, peace and quite from all the hustling & bustling of city life 


Bagi yg tak biase atau belum tahu, #Lenggong adalah sebuah certified #worldheritagesite oleh UNESCO..45 minit dari Kuala Kangsar. Terkenal dengan keindahan alam semulajadi yg belum terusik, tapak2 archeology, makanan tradisi serta Durian la kome oii😁


Kredit FB: Zia Ashanushi

Wednesday, January 13, 2021

Masih di peringkat pemeriksaan - Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin




 #ImbasKembali | Permohonan cap dagang bagi jenama 'Harimau Menangis' oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan - Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin

Alhamdulilah. Terima kasih Ustaz Ebit Lew ☺️


 Alhamdulilah. Terima kasih Ustaz Ebit Lew ☺️


Datang membantu makcik Rafiah yang ditimpa musibah selepas rumahnya di Kampung Ajai, Pahang dibawa arus banjir dan tersekat di pokok besar.


Makcik ini teringin nak bina rumah lain di kawasan kebunnya. InshaAllah Ustaz Ebit akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula.


Kredit: Ebit Lew

Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia-ebitlew

 Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. 


Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam.

 

Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.


Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami.


Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia-ebitlew


Tuesday, January 12, 2021

Sampai jer semua kenal saya. Ini Ebit Lew yer. Berebut-rebut mereka ajak bergambar. Saya bawa hadiah untuk mereka dan sedikit duit belanja. Semua tengah bersihkan rumah.

 Dah lewat ziarah masyarakat India Kuala Krau Temerloh air banjir di tempat mereka dah surut. Sampai jer semua kenal saya. Ini Ebit Lew yer. Berebut-rebut mereka ajak bergambar. Saya bawa hadiah untuk mereka dan sedikit duit belanja. Semua tengah bersihkan rumah.








Semangat mereka dan mesra jer. Berat ujian barang banyak rosak. Ada dinding rosak dan dapur rosak. Terasa perasaan keluarga. Ulang kali mereka ucap terima kasih. Baik-baik sangat orang sini.

Monday, January 11, 2021

Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos


 KUALA LUMPUR, 12 Jan – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.


Menerusi laporan ringkas BERNAMA pagi ini, Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat tersebut sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal.


Difahamkan, tempoh yang dijangka tersebut diberikan jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.


Selain itu, Agong juga perkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.


“Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

“Agong (juga) menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan PKP demi keselamatan dan kepentingan bersama,” titah Seri Paduka Baginda, memetik laporan tersebut.