Sunday, November 17, 2019

Masjid Raja Di Bina Pada 1541 masih kekal sehingga kini

       Masjid pertama berusia 480 tahun yang masih tersergam kukuh di tengah-tengah kampung....Masjid dikenali sebagai "Masjid Raja" itu yang terletak berhampiran Masjid al-Rahmaniah di Kampung Chepor,, dibina pada zaman Sultan Muzzafar Shah 1 (Sultan pertama negeri Perak) lagi.
 Masjid Raja mula dibina pada 1539 dan mula diguna pada 1541.

        sejarah pembinaan masjid itu  bermula dari kejatuhan Melaka pada 1511, selepas Sultan Mahmud Shah ditabalkan sebagai sultan di Kampar(Indonesia).

      Antara tokoh penting yang membuka Kampung Chepor ialah Tun Sa'aban dan adiknya, Tun Puteh (dua daripada 12 beradik anak Tun Perak), kedua-dua mereka ikut berundur bersama Sultan Mahmud Shah dari Melaka..Tun Puteh sering menziarahi abangnya,, beliau berkata ketika berulang alik itulah mereka nampak antara Batu Berala dan Batu Pangkalan itu ada tempat yang cantik.Mereka singgah di kuala sebatang anak sungai, mereka menambat rakit kepada sebatang pokok besar yang tumbang ke air."Mereka tambat rakit pada pokok tumbang ke air itu dan bila mereka tolak, kayu itu naik semula dengan bunyi 'chepor',,,, tolak lagi, naik semula dengan bunyi sama dan begitu berkali-kali.

   "Akhirnya mereka namakan tempat itu sebagai Chepor dan mereka terus mendarat sehingga sampai berjumpa batu besar di satu tempat (yang akhirnya) mendapat nama Bukit Belapik.

   "Tun Puteh memacakkan kerisnya ke batu besar itu lalu berkata: 'Kita bukaklah kampung di sini' dan itulah kisah pembukaan Kampung Chepor sebelum pembinaan Masjid Raja,"pada 1539, Sultan Muzaffar Shah 1 mengarah semua kampung di bawah tadbiran Tun Sa'aban dan Tok Temong (kedua-duanya di bawah jajahan Perak) membina masjid,,atas titah Tuanku Sultan, orang Kampar dan Pattani datang bantu penduduk Kampung Chepor masuk hutan untuk mencari kayu-kayu yang kukuh seperti cengal, dan merbau dan sebagainya.

   Bangunan yang penentuan arah Qiblat oleh seorang ulamak dari Pattani, yang bangunan asalnya berdindingkan kelarai dan beratapkan daun rumbia  akhirnya siap dan mulai digunakan pada 1541.

   "Binaan asal masjid itu terdiri daripada kayu kayan yang tak boleh dimakan anai-anai di mana asalnya dinding kelarai, atap rumbia dan rangka atasnya kayu-kayu bulat.

   "Baikpulih kali ketiga barulah diganti dengan dinding papan dan atap zink dan kekal hingga sekarang,"Masjid Raja tidak dirasmikan, tapi pada 1541, ketika Jumaat pertama didirikan di bangunan itu, Sultan Muzaffar Shah 1 menunaikan solat bersama dengan berimamkan seorang ulamak Pattani yang jadi pengikut Tun Sa'aban.

   Masjid yang rekabentuknya dipengaruhi senibina Riau, Sumatra, Minangkabau, Melayu, Deli dan Langkap itu terus diguna sehinggalah siapnya masjid baru (Masjid al-Rahmaniah) pada 1964, masjid baru itu yang telah uzur dirobohkan sekitar 2000-an dan pada 2004 siaplah bangunan baru yang ada sekarang ini, terletak berhampiran bangunan tua Masjid Raja.

  Sementara menunggu siap bangunan baru masjid yang ada sekarang ini pada 2004, katanya penduduk Kampung Chepor kembali semula bersolat Jumaat dan solat lima waktu berjamaah di Masjid Raja.

   "Selepas 2004 Masjid Raja tidak lagi digunakan hinggalah sekarang dan sekarang ini nampaknya semakin disebut-sebut semula.

   "Banyak jasanya masjid yang boleh menampung kira-kira 100 ahli jamaah itu, pada awal dulu hari Jumaat, kerana tidak cukup ahli kariah, orang Kampung Luat, Beng, Bukit Sapi dan Labit pun datang ke Chepor.

   "Hanya Labit yang dekat, orang dari tiga kampung lain itu pada petang Khamis lagi telah datang ke Chepor dan pulang semula selepas selesai Jumaat,".             

(Seorang Pegawai Tadbir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang yang juga penduduk kampung chepor, Haji Lokman Bin Haji Mahmud, 59, yang masih menyimpan baik sejarah pembinaannya... beliau yang menceritakan sejarah masjid ini)

3 comments:

  1. Kenapa tidak di bela sehingga cantik dan dijadikan tapak lawatan sejarah.. Adakah bangunan ini didaftar sebagai Heritage Artifacts..

    ReplyDelete
  2. Semoga pihak berwajib dapat mengambil tindakan yg sewajarnya utk menyemak dan merawat masjid bersejarah ini. Terlalu sayang jika diabaikan.

    ReplyDelete
  3. Kenapa masjid ini tak di pelihara elok2 . Ada kah ia nya tidak di guna kan lagi

    ReplyDelete