Dipeti daripada Buku Sejarah Huluperak 1963.
Cerita kedatangan Tun Saban ke HuluPerak itu ialah demikian; Apabila Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511,Sultan Mahmud Shah serta anak isteri dan pengiringnya yang taat setia kepada Baginda berundur meninggalkan Melaka,mula-mula ke Hulu Muar kemudian ke Pahang lalu ke Pulau Bentam dan berkerajaan disitu.
Ada lebih kurang 115tahun lamanya Sultan Mahmud Shah berkerajaan di Bentam maka pada tahun 1526 datanglah pula orang-orang Portugis menyerang Bentam.Sekali lagi Sultan Mahmud Shah berserta pengiring-pengiring Baginda terpaksa terpaksa berundur pada kali ini Baginda pergi ke Kampar di Pulau Sumatera lalu memerintah pula disana.
Diantara orang-orang yang serta berundur ke Kampar itu termasuklah Tun Saban dan sekeluarganya seramai 12 orang iaitu isterinya,tujuh orang anak-anaknya,2 orang saudara lelaki dan 2 orang saudara perempuan.Ada pon nama anak-anak Tun Saban itu ialah Tun Kelawang,Tun Undan,Tun Dalap(Perempuan),Tun Kelalang,Tun Belonak,Tun Merah(Perempuan)dan Tun Bongsu Bangsawan(Perempuan). Tiada berapa lama Tun Saban tinggal diKampar itu,pulanglah ia ke Tanah Melayu lalu pergi berhijrah ke Hulu Pattani,Tinggal disuatu tempat bernama Beredong Budi.
Dari sana kemudianya berpindah pula ke Belum diHuluPerak,membuka kampung ditempat yang bernama Relap Reli.Beliaulah menjadi ketua orang-orang di Belum itu.Maka sebagai pembantu kepadanya Tun Saban telah mengangkat seorang daripada adiknya yang perempuan yang bernama Tun Perobu menjadi Ketua ditempat yang bernama Temong,dikenali dengan gelaran Tok Temong.Suami Tun Perabu ini bernama Tun Temu.Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Tun Jaafar.
Setalah dewasa Tun Jaafar berhijrah ke Pahang. Maka pada masa mula-mula Tun saban sampai ke Perak itu,Negeri ini belumlah beraja(bersultan)lagi tetapi penduduknya telah ramai.Kebanyakkan mereka itu ialah dagang sendiri yang datang berniaga ke sini dari negeri-negeri yang seperti dari Melaka,Selangor,Siak,Kampar,Jambi(Pulau Sumatera) dan lain-lainnya.
Adapun menjadi Penghulu diPerak pada masa itu ialah seorang perempuan bernama Tok Masuka,iaitu berasal dari Daik.Pangkuan kepada Tok Masuka ini bernama Nakhoda Kasim iaitu seorang bangsa Temusai yang pandai bercakap berbagai bahasa seperti Arab,China,India,Acheh,Batak,Sakai dan sebagainya.
Tiada berapa lama Tok Masuka pun kembali kerahmatulah,tetapi sebelum ia meninggal dunia itu,ada ia berwasiat hajatnya,Jika ia mati hendaklah dicari gantinya seorang Raja yang berasaldaripada cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-Raja turun dari Bukit Si Guntang itu tiada terputus ditanah Melayu ini.
Maka bermeysuaratlah seisi negeri akan memilih seorang yang diPertuan.Keputusannya bersetujulah dengan sebulat suara menyuruh Tun Saban dengan Nakhoda Kasim pergi ke Kampar mengadap Putera Baginda Putera Mahmud Shah,memohonkan seorang Putera Baginda untuk diRajakan diPerak.
Sultan Mahmud Shah telah mengurniakan puteranya uang bernama Raja Mudzaffar Shah iaitu putera banginda Puteri Onang Kening anak Raja Kelantan,untuk diRajakan diPerak serta dikurniakan alat kebesaran(Bawar) sekali,iaitu terdiri daripada sebilah pedang bernama Chura Si Manjakini,Sebilah keris,sebuah chap yang ada tersurat perkataan “Sultan Muhammad Shah dzillu’llahi fi’l-alam” bernama Chap Kempa berserta Nobat dan surat Chiri.
Selepas menerima titah perintah daripada Paduka Ayahanda Baginda untuk pergi ke Perak itu maka Raja Mudzaffar pun bersiap-siaplan hanya menunggukan saat yang baik jua hendak berangkat meninggalkan Kampar.Sementara itu Tun Saban telah balik dulu ke Perak menyediakan 77ekor gajah yang sarat bermuat dengan pelbagai persembahan penduduk huluperak lalu pergi menunggu ketibaan Raja Mudzaffar Shah diKuala Kangsar Perak. Manakala tiba ketika yang baik maka Raja Mudzaffar Shah pon berlayar meninggalkan Kampar bersama-sama isterinya Tun Terang,Putera mereka Raja Mansor dan pengiringnya termasuk Megat Teraweh ibni Daulat Pagar Ruyong.
Dalam pelayaran ke Perak itu Raja Mudzaffar Shah singgah diSiak dan Kelang kerana menziarah keluarganya yang ada ditempat tersebut. Masa diKelang itu Raja Mudzaffar telah berjumpa dengan Tumi iaitu orang Manjong yang selalu berulang alik berniaga diPerak ke Kelang.Nakhoda Tumi telah membawa Raja Mudzaffar ke Perak.Setelah belayar tidak berapa lama maka kapal yang dinaiki Raja Mudzaffar pun sampai ke Beting Beras Basah,(Kuala Perak).Dengan takdir Tuhan kapal itu pun tersangkut di Beting,beberapa pun dilayarkan orang tiada juga mahu terlepas.
Melihat apa yang terjadi itu,Raja Mudzaffar pun bersawab-sawab titahnya. “Selengkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Percha, DiLengkong ular Sikatimuna Berpisah Selat Melaka, Jika sah Betas Berdaulat, Lepaslah Sekalian malapetaka! Maka disahut oleh Tun Saban dan sekalian hamba rakyat yang ada menanti disitu dengan teriakan “Daulat Tuanku! “ sebanyak 3 kali.Setelah itu kapal yang dinaiki itipon terlepas masuk muara lalu mudiklah mengikut batang hari Perak.
Maka Raja Mudzaffar sampai kesuatu tempat,dilihatnya seorang budak lelaki sedang menangis disisi mayat seorang budak lelaki yang lebih kurangsebaya umur dengannya.
Raja Mudzaffar bertanya kepada budak itui titahnya,”Hai budak,mayat siapakah yang terbaring disisimu?” Budak itu menjawap,sembahnya adapun yang mati itu adalah abangnya sendiri yang telah ditikamnya dengan keris,kerana abangnya itu mengolok-olokkan perkataanya.Ia bertanya kepada abnagnyaakan nama buluh yang tumbuh ditepi tebing sungai disitu dengan berkata “Buluh apa itu abang”?Abang menjawap,”Buluh Apa adik” Itulah sebab ia menikam abangnya itu. Setelah Raja Mudzaffar mendengar perkataan budak itu maka tersangat sedih hatinya lalu baginda pun menerangkan maksud perkataan abang budak itu yang sebenarnya.
Titah Baginda,Adapun jawapan Abangmu itu,nama buluh yang kamu tanyakan itu ialah ‘Buluh Apa’.Bukannya ia mengolok-olokkan kamu.Apabila budak itu mendengar titah dan perjelasan Raja Mudzaffar sedemikian ,maka ia pun menyesal sebab membunuh abangnya dengan tiada usul periksa itu,lalu ia pun menghunus keris dari pingannya.
Ditikamnya keris itu kedadanya,ia membunuh diri. Setelah peristiwa sedih yang telah berlaku itu sangatlah mengharukan hati Raja Mudzaffar maka Baginda pun mendarat ditempat itu lalu menitahkan orang berbuat kota Istana dan tempat itupun dinamakan oleh Baginda Tana Abang.
Setelah musta’ed sekalianya maka Baginda pun ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah. Baginda diTabal menjadi Sultan Perak lebih kurang dalam tahun 1528.Pada masa pertabalan Baginda itu, Tok Temong ada datang membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama Mestika Embun.
Akan Tok Temong ini akhirnya jadi seorang keramat,sekarang pun ada lagi kuburnya ditempat yang bernama Temong itu dipanggil Keramat Tok Temong.
Bersambung...Tun Saban Mengamuk!
No comments:
Post a Comment