Thursday, November 14, 2019

RAJA SIAM MEMAKSA SULTAN PERAK MENGHANTAR BUNGA EMAS ATAU SEEKOR GAJAH BERKUKU 20.

Dalam masa suasana perhubungan Perak - Reman sedang diliputi mendung disebabkan oleh orang orang Reman mencerobohi masuk ke Klian Intan Perak dengan suruhan Raja Siam dalam tahun 1818,serta memaksa negeri ini menghantar Bunga Emas ke Siam kerana Raja Siam ada berjanji jika sultan Perak dapat mencarikan baginda seekor gajah yang berkuku dua puluh maka tidaklah payah lagi Perak menghantar Bunga Emas taip- tiap tahun.

Tuan Lebeh,Long Raya,Raja Muda Reman
                  Dengan  kawan Jun 1899



Pada suatu hari Dato' Panglima Kinta Ngah Abdul Sam telag mendapat seekor gajah jantan seperti yang dikehendaki oleh Raja Sian itu lalu dinamakan Chapang Pileh.Gajah itu kemudian dihantarkan dengan istiadat ke Siam.Maka selepas ini tidaklah Perak menghantar Bunga Emas lagi.

Melihat kelemahan kuasa Perak ini Yuan Tok Nik Tok Leh,Raja Reman menjadi semakin galak dan berani lalu bertindak merampas berterang-terangan kawasan lombong bijih timah di Klian Intan itu.Perbuatan Raja Reman yang ceroboh itu sangatlah menggusarkan Sultan Perak(Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Al-marhum Sultan Ahmaddin Shah,Sultan Perak yang ke-XIX,1806-1824).Tetapi apakah daya kerana baginda tiada berkuasa hendak menghalaukan orang orang Reman itu.

Hatta maka sampailah kepada zaman Paduka Seri Sultan Abdullah Muazzam Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah(Sultan Perak yang ke-XX)menaiki takhta Kerajaan(1824-1830).Pada tahun 1826 baginda telah mengikat suatu perjanjian persahabatan dengan Syarikat Inggeris diPulau Pinang.
Tidak berapa lama selepas membuat perjanjian dengan Syarikat Inggeris itu baginda telah menghantar sepasukan tentera yang kuat diketuai oleh Dato'Seri Lela(Dato ini sememangberasal dari Kroh(pengkalan hulu)sebagai panglima perang dan seorang wakil peribadi baginda,iaitu adik perempuan baginda yang bernam Raja Andak.

Adapun Raja Andak itu bukan sahaja seorang puteri yang cantik jelita dan handal bermain senjata tetapi bijak juga dan bermain cinta asmara.Ia sudah tiga belas kali berganti suami.Ketika menerima perintah paduka kekanda ya pergi ke Hulu Perak itu ia baru sahaja berkahwin dengan Dato' Seri Lela.Jandanya yang terakhir sekali sebelum itu ialah Raja Kasim.

Oleh sebab kedatangan tentera-tentera Perak itu dengan cara mengejut dan tiba-tiba sahaja maka tidaklah sempat Tuan Tok Nik Tok Leh membuat persediaan melawan lalu ia pun berundur balek ke Reman.Tentera Perak dengan mudahnya telah dapat mengalahkan orang-orang Reman lalu menduduki Kubu Kapeh (sekarang kg Kapeh) Klian intan dan kuala Kepayang.

Sungguhpun Raja Reman beroleh kekalahan akan tetapi tidaklah ia nya berdiam diri sahaja melainkan sentiasa berikhtiar mencari jalan hendak mengambil balik tempat-tempat yang telag terlucut itu,sama ada dengan jalan peperangan ataupun dengan cara tipu muslihat.Bukan itu sahaja,ia juga bercita-cita hendak merampas Raja Andak daripada Dato' Seri Lela,sebab ia telah naik berahi mendengarkan cerita kejelitaan paras Raja Andak itu.

Baginda telah menghantar orang-orangnya pergi menyamar dan mengintip ke dalam kubu Kapeh,tempat Raja Andak berkawal.Maka daripada keterangan yang diterimanya daripada pengintip itu ternyatalah Raja Andak sudah mula jelak dengan suaminya Dato' Seri Lela dan diakhir-akhir ini mereka selalu tidak bersefahaman.Ini peluang terbaik fikir Raja Reman.

Beberapa hari kemudian Raja Reman pun mengutus orang kepecayaan baginda untuk menyampaikan sepucuk surat secara rahsia kepada Raja Andak.Diantara lain-lain,surat mengandungi beberapa rangkap pantun yang membayangkan hasrat hati baginda terhadap Raja Andak.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment