Info daripada Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia Kembara Imbau Kenangan Era Keganasan Komunis Bermula 22 Jun 2012, satu rombongan kembara daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergerak dari Kuala Lumpur ke Grik, Perak.
Kembara yang dikenali sebagai Kembara Community Policing, Polis Bersama masyarakat Orang Asli ini turut disertai oleh Mr. Dennis Wombell, yang pernah bertugas bersama dengan Polis Malaya pada era keganasan komunis. Police Lieutenant No.1042 Dennis Wombell dilahirkan pada 13 Januari 1932 dan telah berkhidmat sebagai Police Lieutenat di Tanah Melayu pada 22 September 1951 hingga 1 Mei 1956.
Beliau juga pernah menjadi Platoon Commander 18 Jungle Company dalam tahun 1953 dan Pasukan Kedua Field Force (kini dikenali sebagai PGA) di Malaya yang beroperasi di sekitar Utara Perak dan sempadan Thailand.
Beliau juga turut terlibat dalam opersi di sempadan Thailand (Ops Knot) dan terlibat dalam pembinaan Fort Kemar serta pernah ditugaskan untuk mengiringi Chin Peng di dalam Rundingan Baling di Kedah.
Ekspedisi kembara bermula di Grik, Perak dan program community policing bersama veteran-veteran anggota 'Homeguard', Extra Police Constable (EPC), dan Polis Bantuan (AP) yang pernah berkhidmat di Tanah Malaya sekitar 1948 telah diadakan di sini. Ekspedisi kembara diteruskan pada keesokan harinya ke Pengkalan Hulu dan rombongan dibawa meninjau kawasan Gunung Paku yang pernah menyaksikan sejarah Chin Peng diiringi ke Thailand.
Rombongan kembara kemudiannya dibawa melawat ke sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Hulu/Baling sebelum menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Grik-Lenggong.
Aktiviti kembara diteruskan sehingga ke Fort Kemar, satu lokasi di pedalaman Perak yang pernah menyaksikan ianya sebagai pusat latihan pasukan gerakan khas 69 Komando yang pertama di Tanah Melayu. Mengimbas sejarah di awal penubuhannya, kawasan ini hakikatnya adalah sebuah kawasan operasi yang dianggap aktif sehinggakan bekalan logistik dan anggota hanya boleh dihantar dengan selamat melalui jalan udara.
Setelah latihan berakhir, hanya seramai 36 pegawai dan anggota sahaja yang layak terpilih menyertai unit 69 Komando dan British SAS terus melatih unit ini bagi tujuan pembesarannya sehingga New Zealand SAS pula mengambil alih tugas sama bermula pada tahun 1976.
Di Fort Kemar, rombongan ekpedisi telah mengadakan beberapa aktiviti community policing dengan veteran-veteran komando serta penduduk setempat yang terdiri daripada orang-orang asli. Fort Kemar juga merupakan lokasi terakhir dalam program kembara ini dan peserta-peserta rombongan ekspedisi bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 25 Januari 2012.
No comments:
Post a Comment