Friday, November 1, 2019

Sedak Nok Mapoh!..Kata, MB Peja😊

GERIK: Menikmati makanan enak sambil kaki bermain air sungai antara pengalaman unik yang dapat anda rasai jika berkunjung ke Castella Cafe di sini.
Menurut pemilik restoran yang lebih mesra dengan panggilan Tok Janggut, cara berkelah di dalam sungai disediakan atas permintaan pelanggannya.
“Kebetulan cafe saya berhampiran dengan sungai dan ramai pelanggan yang ingin berkelah sambil mandi-manda di sungai, jadi kami ketengahkan konsep makan begini,” katanya.
Pelanggan diberi pilihan untuk menikmati hidangan di pondok rehat berhampiran dan boleh juga duduk di meja yang disediakan di pinggir sungai sambil menikmati hidangan ikan sungai yang segar dan enak.
Bercerita mengenai keunikan menu yang ditawarkan, jelas Tok Janggut, Castella menyediakan pelbagai pakej makanan yang dihidangkan didalam buluh serta nasi daun Bemban yang dimasak dalam buluh boleh dinikmati oleh empat hingga enam orang pada harga RM150.
Hidangan yang diberi nama menu bangsawan Melayu Pattani itu turut dihidangkan didalam buluh dan pelanggan juga boleh memilih jenis menu dan ikan sungai mengikut citarasa masing-masing.
“Pelbagai jenis ikan sungai,Kelabo,Baung,Tengas,Trapia,Kateh kesemua ikan2 ini terus dapat daripada Tasik Temenggor dan termasuklah juga ulam-ulaman seperti Umbut bayas,Mereding,Pucuk Stang. Pelanggan juga boleh memilih jika ingin menikmati hidangan selain ikan iaitu ayam dan daging,” katanya.
Tambah Tok Janggut atau nama penuhnya Mohd Isa Ramli,pelanggan diminta supaya membuat tempahan melalui Whatapp terlebih dahulu di talian  kerana tempat adalah terhad.
Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti mandi-manda dan berakit yang dibuka pada jam 12 tengah hari hingga malam.
Turut disediakan penginapan rumah inap (homestay) yang bermula pada harga RM50 - RM150 bagi satu bilik.
Bagi anda yang ingin merasai suasana santai dan tenang sambil mendengar deruan air sungai yang cukup mengasyikan Castella Cafe pilihan yang terbaik.Opps..Sebelum balik jangan lupa beli pekasam untuk kawan kawan..Pekasam Castella Cafe antara paling popular diHuluperak.



Nama Restoran: Castella Cafe
Facebook : Castella Cafe
Alamat: Castella Cafe di Kampung Padang Stang 

Mukim Kerunai Gerik
No.telefon:(01120503454) Tok Janggut

No comments:

Post a Comment