"Gajah yg belah kiri namanya Kulit Bidor. Org yg dok atas tu namanya Awang Bakar.
Gajah yg belah kanan namanya Awang Jarum,org yg dok atas tu namanya Awang Ahmad.
Orang yg berdiri bawah tu Hassan Gurkha.
Dua ekor gajah ini kepunyaan ibu Toksu Ali,Zainab bt. Abdullah. Semasa Tuan Berkeley (D.O Hulu Perak) perintah,dia minta utk gajah ni bawa batu sempadan letak di sempadan Betong-Pengkalan Hulu (Kroh).
Tuan Bekerley ni pandai,dia taknak Gerik jadi jajahan Siam. Maka dia letak batu sempadan dgn menggunakan gajah ini. Kalau tak,sampai sekarang,Grik diambil Siam.
Tuan Bekerley banyak kali dia merujuk orang agama/orang lama kampung iaitu Awang Besar. Jd ilham untuk ubah batu sempadan ini adalah juga drpd Awang Besar.
Awang Besar adalah anak sulung pasangan Lebai Salim dgn Zainab. Zainab pula adalah adik bongsu Tok Saad.
Lebai Salim adalah tokoh agama(tulis Al-Quran dgn tangan). Maka tidak hairanlah keturunannya banyak melahirkan orang faqih agama.."
Mengikut salasilah,Lebai Salim dan Zainab adalah Tok Moyang aku(penulis).Semoga, kita cucu cicit mereka terus memberi idea dan bertukar tukar pandangan membantu pemimpin diperingkat daerah mahupun Negeri.
Bahagian Grik dahulunya mempunyai seorang Tok Mekong daripada titih Tok Saad,iaitu Tok Mekong Jaafar.
Memandangkan Tok Mekong Jaafar tidak mempunyai anak lelaki maka dengan sendirinya gelaran Mekong hilang begitu saja.
Tok Mekong Wan Senik pula menguasai bahagian Temenggor,sehingga kini Mekong masih ada di Grik,daripada titih Tok Mekong Wan Senik.
No comments:
Post a Comment