Wednesday, November 6, 2019
Tun Saban Mengamuk!
Dipeti daripada Buku Sejarah Huluperak 1963
Sambungan....
Apabila sudah ditabal maka Baginda Sultan Mudzaffar Shah pun memanggil Tun Mahmud(anak kepada Tun Isap Berakah dengan puteri Siat) yang ketika itu telah bergelar Seri Agar diRaja memerintah diSelangor,datang ke Perak lalu dijadikan Bendahara (Beliau adalah bendahara Perak yang pertama.)Akan tetapi Tun Mahmud telah dipaksa oleh Sultan Alauddin Ri’yaat Shah adinda sebapa kepada Sultan Mudzaffar Shah datang ke Johor.
Beberapa lama kemudian Sultan Mudzaffar Shah berkerajaan diTanah Abang maka terjadi perselisihan diantara Baginda dengan Tun Saban,lalu bermusuh-musuhan kedua-duanya.Adapun yang menjadi punca perselisihan itu berpunca disebabkan Sultan Mudzaffar Shah berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah itu dijadikan gondek Baginda tetapi Tun Saban tidak bersetuju sama sekali. Maka Baginda pun memanggil Tun Saban datang ke Istana hendak diperdayakannya.
Tun Saban pun datang mengadap Baginda lalu dititah oleh Sultan Mudazaffar pergi mencari kayu ke dalam hutan untuk membuat istana Baginda yang baru. Selepas menerima titah perintah Baginda itu maka,Tun Saban pun balik kerumahnya menukar pakaian dengan tergesa-gesa hingga tanpa disedari bajunya terbalik.
Kemudian iapun turun kepengkalan mengambil perahu lalu berkayuh kehulu,beberapa kali ditegur orang,’Baju datok terbali’ tiada dihiraukanya kerana pada pendengaranya orang-orang itu menyuruh beliau balik,lalu dijawapnya,”Pantang Tun Saban berbalik”.
Maka sepeninggalan Tun Saban ke Hutan mencari kayu itu,datanglah orang-orang Raja mengambil Tun Merah dengan titah Baginda dibawa ke istana. Apabila sampai kehutan dikerahnya orang-orang Semag mengambil kayu,setelah cukup banyak lalu dibuatnya rakit,kemudian iapun mengalit ke hilir.
Apabila sampai kerumahnya maka dikhabarkan orang apa yang telah belaku,Tun Merah telah diambil oleh Raja.Tun Saban terlalu marah lalu ia kembali masuk kehutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang terlalu besar,kemudian dikerat-keratnya sepanjang sepuluh depa,ditajam pangkal dan hujungnya.Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipujanya selama tiga petang berturut-turut akhirnya batang itupon terbang seperti peluru berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah, menyebabkan banyak kerosakkan kepada itu.
Apabila diketahui oleh Sultan Mudzaffar Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Sultan Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Saban maka baginda pun tersangatlah murka lalu memberi titah menyuruh pukul Chanang iaitu barang siapa dapat membunuh Tun Saban maka orang itu dikurniakan gelaran jadi Bendahara menggantikan Tun Mahmud yang telah pergi ke Johor itu.
Manakala didengar oleh Megat Teraweh akan tawaran baginda itu maka iapon masuklah mengadap Sultan Maudzaffar Shah berdatang sembah,mengaku mengerjakan seperti titah baginda itu.Setelah itu Megat Taraweh pun keluarlah mencari Tun Saban sambil bertanya-tanya kepada orang-rang yang dijumpainya sebab ia tiada tahu dimana Tun Saban berada.
Maka diberi orang tahu,kata mereka Tun Saban sekarang sedang berkubu di Kuala Temonh,ia boleh dilihat moncol diatas kubunya tiga kali dalam sehari.Pagi-pagi berpakaian hijau,tengah hari berpakaian putih dan petang berpakaian merah.
Dengan panduan beberapa orang penunjuk jalan Megat Teraweh pun sampailah ke Kuala Temong pada petang.Sebentar lagi kelihatanlah Tun Saban berdiri diatas kubunya,berpakaian serba merah maka ditembak oleh Megat Teraweh dengan intinggar(senapangnya),kena dada Tun Saban tetapitiada telap(tembus). Peluru tersebut jatuh ketanah lalu diambil oleh Tun Saban,dilihatnya peluru itu bertulis perkataan,”Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong,barang dimana ia jatuh,disitulah Tuannnya menjadi pembesar”.
Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai,lalu iapun menyuruh orang memanggil setelah datang Tun Saban pun berkata,” Hai Megat Teraweh,hamba ini akan matilah terkena tembakan tuan hamba tetapi ada satu permintaan hamba kepada tuan hamba,iaitu sebelum hamba mati hendaklah tuan hamba berkahwin dengan anak hamba Tun Bongsu Bangsawan.” Permintaan Tun Saban itu telah diterima oleh Megat Teraweh maka ia pun dinikahkan dengan Tun Bongsu Bangsawan dihadapan Tun saban.
Lepas itu Tun Saban pun meninggal,lalu dikuburkan orang disuatu tempat bernama Changkat Merah diHulu Perak.Sekarang gobah(kubur)Tun Saban itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah.
Beberapa orang daripada cucu cicit beliau akhirnya dilantik menjadi orang besar diNegeri Perak ini. Maka sangatlah sukacita Sultan Mudzaffar Shah mendengarkan Tun Saban sudah mati itu,beberapa puji-pujian baginda kepad Megat Teraweh lalu dikurniakan sekali gelaran Bendahara Paduka Raja.
Lebih kurang dua puluh satu tahun Sultan Mudzaffar Shah diatas takhta kerajaan maka baginda pun mangkat lalu dimakamkan di Tanah Abang gelarannya ‘Marhum Tanah Abang’.Ganti baginda menaiki takhta ialah putera banginda Raja Mansor,bergelar Paduka Seri Sultan Mansir Shah ibni Al-marhumSultan Mudzaffar Shah)1549-1577).
Baginda mula-mula bersemaidi TanaHmh Abang juga tetapi kemudian berpindah membuat kota istana di Kota Lama Kanan(Ke Hulu sedikit daripada Bandar Kuala Kangsar..
Bersambung lagi Sejarah Huluperak..
Gambar Sekadar Hiasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment