Thursday, October 31, 2019

Keindahan Chalet Berlatarbelakang Banjaran Titiwangsa

Keindahan Chalet di perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan belatarbelakang banjaran Titiwangsa.. Offroad 80 KM untuk sampai ke sini.. Ada 20 unit chalet.. Komuniti Orang Asli di sini dari suku kaum Temiar..

 Update info:
 = Tawaran harga satu chalet RM35.00 satu       malam
 = Pakej ke air terjun RM30.00 pergi mandi      dan balik
 = Pakej persembahan sewang RM300.00           pertunjukan selama 40 minit
 = Pengunjung perlu sedia kelengkapan             peralatan dan barang makan sendiri
 = Kemudahan wifi di sedia seminggu                 bayaran RM5.00
 = Pengecas henfon RM1.00 sesiapa yang           ingin mengecas fon atau power bank             boleh mengecas dipusat telecentre
 = Untuk menghubungi: Pusat telecentre             atau chalet pos gob, sila berhubungi di           no talian bawah ini.

  1. Senik 013-3243770
 2. Man 013-3909775
 3. Malina 013-6400423
 4. Abus 014-2186280
 Email: egob.tpoa@gmail.com

 Waktu operasi pagi sampai malam Terima kasih dan sila menikmati dengan segala kemudahan penginapan dan suasana yang disediakan di Pos Gob. Kehadiran anda kami sentiasa mengalu alukan. Pastikan, sila menjaga kebersihan lokasi ini.

 NOTA PENTING: Untuk berkunjung ke sini, setakat ini hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja.. Jadi perlu berhubung dengan no di talian untuk mengetahui situasi keadaan jalan masuk.. Cuaca mempengaruhi keadaan jalan..

Sekian, Terima kasih

Tuesday, October 29, 2019

Pelita Minyak Tanah!

Aku berasa tenang dan selesa bila berada dlm suasana begini..Bertemankan pelita minyak tanah,bunyi deruan air sungai Air Berok,bunyi rintikan air hujan jatuh atas atap zink dan bunyian ungas2 malam..Mungkin suasana begini mengamit kembali kenangan awal 80an dimana aku dan jgk adik beradik membesar dlm suasana sebegini.

 Tiba2 kerinduan pada suasana mcm dlu2 kembali menerjah kedalam memori bersama mereka2 semua..Terutama arwah mak menyuap nasi kepada kami adik beradik dgn menu yg sangat simple ikan sungai goreng ataupun ikan temenung rebus gaul dgn kicap..Ya Allah Kau tempatkan ibu dan arwah abg aku bersama2 dgn org yg beriman dan jauhilah mereka daripada api neraka mu..aminnn..

 Awal 80an kehidupan kami tidak le sesenang mana memandangkan Abah tlh meninggalkan kami ketika aku umur 1thn+ dan adik aku masih berada dlm kandungan berusia 2bulan.. Kehidupan kami 100% bergantung daripada abg2 yg menyara makan dan minum. Jam 8.00mlm Mak dah siapkan tempat tido,ye lar tahun 80an di Gerik apa yg ada..Awal pagi mak dan bangun solat subuh dan menyediakan sarapan,Mak mmg tidak bekerja fulltime suri rumah..cuma ada ketika mak akn pegi cari kayu api..Mmg kami dahulunya menggunakan kayu api utk memasak.

 Zaman bdk2 bangun pagi nak makan dah makan nak main..hehe..Tapi serius beb aku mmg rindu sgt suasana sebegini sehinggakan aku buat chalet ada dapur kayu..Masihku ingat ketika nak ke sekolah,Grik ni beb,pagi sejuk giler kot..Minyak masak beku mulut keluar asap..Dapur kayu lah tempat aku panaskan badan org Grik ckp 'berdiang'..Nak mandi mak masak air panas campur dgn air paip baru blh mandi..

 Besar sungguh pergorbanan mak aku bile dikenangkan kembali..Makan?..Kami di kampung apa yg mak masak itulah kami makan suka atau x..ttp kami makan..Bkn org senang nk mkn ayam ermmm..sebulan sekali blm pasti dpt..

Nak aiskrim ermm..Dpt mkn gula2 balak masa Abg jual getah sekerap baru merasa. Pesan aku kepada frend selagi ada adik beradik jagalah hubungan sebaik mungkin begitu jg selagi ada ibu dan bapa jaga lah mereka luangkan masa dgn mereka sekerap mungkin.Doa sorang ibu sangat dasat beb!..Jumpa ibu cium ibu kita..

 Sekarang rumah mak tinggal brader aku sorang je jaga korang bygkanlah drpd 10org adik beradik tinggal bersama,sorang2 tinggalkan rumah mak ye lar ada yg kerja di luar..skrg ni ada yg dah meninggal termasuk mak pun dah meninggal dunia..

Nak dpt kembali suasana mcm tu mmg xkan dpt beb!.Itu sebab pelita minyak tanah dan dapur kayu sgt sentimental dgn aku..Begitu jgk jemoran ..membuat aku rindu suasana tinggal 10org adik berada dibawah 1 bumbung atap gembia dan seterusnya bumbung atap zink..Bumbung atap gembia ni bila musim hujan mcm skrg ni..mmg kena standby upih pinang dimana ada bocor akn lapit upih..kalau xde upih tadah le timba atau besen.Wow!..Anak2 aku xpernah merasa semua ini..
Alhamdulilah ..kesusahan membesar diGrik awal 80an byk mengajar aku erti kehidupan apabila aku merantau ke kl,sehingga skrg aku masih ingat kenangan bersama mak dan adik beradik aku..Terutama pesan mak..Mak pesan jika org kata psl kita,diam dan byk bersabar ingat Allah ada bersama2 dgn org yg bersabar.


.

Saturday, October 26, 2019

Pahit,Manis Dalam NGO Dihina,DiFitnah,Diugut Bunuh,Diumpan Dengan RM.

Setelah hmpr 9thn aku stay di kl,dtg sorang kwn ajak aku tubuh persatuan,aku gelak je ye lar dah kenape byk2 org Grik di kl aku plk mu cari..aku abai gitu je..yg lar masa tu umur baru masuk angka 30an..hehe.. Dtg lagi kali kedua kali ni dtg berdua plk dah..Jijoe dan Brahim sembang2 smbil minum air.. Kali ketiga dtg lagi,kali ni dorang dtg berdua jgk..Aku tnya persatuan penamo mika nk tubuh ni?..ka sebab apa pnya lar ramai anak2 Grik di kl aku yg mika ajak ye?

Ouh..sebenarnya mereka dah buat servey dgn sorang brader ni..brader ni pun dah arwah(al-fatihah)..brader ni bekas ckgu dan wartawan,ckp kalau libatkan aku inshaAllah ok..Aku pun pelik sedangkan aku sndiri xkenal dgn brader ni dan tak pernah jumpa kot.. Menurut mereka brader ni kenal benar dgn my brader..Oo..begitu kisahnya..

Apa tujuan nk buka persatuan ni?..aku tnya lg..Kalau buka persatuan skdr nk buat majlis makan2 gelak2 pastu masing2 nk tjk aku ada itu dan ini xyah le kot..Sebab kita di kl ni dtg drpd kg nk cari duit..Tetapi jika tubuh persatuan ada matlamat yg jelas aku ok je.. Matlamat yg aku nak adalah dah tentu lar nk merapatkan hubungan anak2 Gerik di kl dan kita akn adakan majlis makan2..kemudian tu lagi kita fokus ekonomi mana tau antara kita di kl dpt bertukar2 idea dlm bidang bisnes dan seterusnya kita jadikan persatuan kita suara utk org kg xkisah lar yg di perantau atau yg duk diGrik..Sebab aku nampak xsemua suara org2 kg didengari oleh bdn2 tertentu jika mereka2 ini ada masalah.


 Setelah mereka berdua ini bersetuju,Maka.. aku tnya step pertama nk buat apa ni?..Kata Jijoe Step pertama kumpul anak2 Gerik dlm 10org utk kita terangkan kepada mereka tujuan kita..Waa..nk kumpul anak2 Grik dikl 10 org bukan 1 kerja yg mudah sebenar dulu lar..hehe.. ketika itu sosial media dah ada,fb lar..tetapi tidaklah popular seperti skrg xsemua kwn ada fb ketika itu..Aku pun mula cari kwn2..Alhamdulilah nk 10org dtg hampir 20org..Pertemuan dan perbincangan pertama kami berlaku Tmn Melawati....Ketika ini aku telah pun buat bisnes sendiri lebih kepada publishing aku terbitkan Majalah berkonsepkan 'Malay Wedding'..Kerja sndiri, Masa semua aku sendiri yg atur selain drpd ada sorang pembantu yg aturkan segala urusan kerja2 terbitkan majalah. Sambung kelik psl Persatuan tadi...Maka aku pun mula cari kwn2..Aku pun mula lar call dan PM tepi..hehe..
Bersambung....

Pergorbanan Perjuang - Perjuang Kita Dihuluperak

Aku dibesarkan dihuluperak kisah komunis sudah sebati dengan kami orang hulu..awal 80an pada jam 6.00petang segala jenis kenderaan tidak dibenarkan melalui jln drpd Grik kearah Kedah dan kelantan, akan dibuka keesokkan pagi,kdg2 tu penduduk kampung terpaksa balik awal drpd menoreh disebabkan terserempak dengan komunis😢😢..

Pembinaan lebuhraya Timur Barat sepatutnya dijangka siap awal..disebabkan komunis segala kerja terganggu dan beberapa orang pekerja JKR turut terkorban ketika itu. Al-fatihah kepada mereka yg telah terkorban demi mempertahankan tanahair tercinta.

Pengkalan Hulu Pembinaan lebuhraya Timur Barat sepatutnya dijangka siap awal..disebabkan komunis segala kerja terganggu dan beberapa orang pekerja JKR turut terkorban ketika itu. Al-fatihah kepada mereka yg telah terkorban demi mempertahankan tanahair tercinta.

Kredit:
VAT -Perjuangan semalam & Hnm Hotel Pengkalan Hulu