Wednesday, February 26, 2020

'Tak Pernah Fikir Nak Jadi Perdana Menteri'









Insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad ini cukup bertuah kerana dikurniakan Allah SWT sifat kepimpinan yang tinggi, berwibawa, berani mengambil risiko, lantang menyuarakan pendapat, rajin membaca dan berpandangan jauh. Dek kerana aura pemimpin yang dimiliki, tidak hairanlah Tun Dr Mahathir masih mendapat tempat di hati rakyat hingga ke hari ini. Meskipun beliau sudah dua kali menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Tidak sekadar mencatat sejarah politik negara kerana menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang diangkat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir juga menarik perhatian antarabangsa apabila mengungguli senarai Perdana Menteri Tertua Di Dunia. Ketika dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 10 Mei 2018, beliau berusia 92 tahun! Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-4 bermula 16 Julai 1981 hingga perletakkan jawatannya pada 31 Oktober 2003.

Kini selepas berdekad mentadbir negara nama Tun Dr Mahathir terus menjadi sebutan. Lebih-lebih lagi sejak berlakunya kemelut politik negara yang menyaksikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Biarpun bakal meniti usia 95 tahun dan terpaksa menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara tanpa bantuan jemaah menteri namun pemimpin kelahiran Kedah ini masih bekerja seperti biasa. Masuk ke pejabat awal pagi, menandatangani segala dokumen berkaitan dan meneliti fail-fail sulit negara di atas mejanya. Melihat senario tersebut, ramai rakyat yang memuji kemampuan dan komitmen Tun M.

Mengambil pengakuan Tun Dr Mahathir ketika ditemuramah Hello Tuns Astro Gempak, beliau sendiri tidak pernah menyangka dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri memandangkan cita-citanya ketika kecil ialah menjadi peguam.
“Saya bercita-cita untuk jadi seorang peguam tapi tak berjaya dapat biasiswa. Sebaliknya, saya dapat biasiswa untuk bidang perubatan. Saya tak pernah terfikir saya akan dapat jadi Perdana Menteri sebab saya bukanlah siapa-siapa. Keluarga saya bukanlah dari kelas atasan, saya hanya anak seorang guru sekolah. Tapi saya tetap cuba dan bertanding dalam pilihan raya dan menang,” ujarnya penuh rendah diri.

Tambah Tun Dr Mahathir lagi, “Sesiapa pun boleh menjadi Perdana Menteri. Tapi anda mesti kerja kuat. Buat baik kepada orang, menangi sokongan mereka. Anda juga mesti sentiasa berpegang pada janji, buat perkara yang betul, jangan tipu. Semua ini, jika anda ada… orang akan suka dan mengikut demokrasi, anda boleh jadi Perdana Menteri.”

Setia ditemani isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah… wanita hebat ini turut mengakui suami yang dikahwininya sejak 64 tahun lalu seorang yang sangat kuat bekerja. “Kerja saban hari, kadang sampai lupa akan saya di rumah. Sepertimana yang disebut tadi, itu tugas dia. Maka saya perlulah terima pengorbanan untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya untuk bangsa dan negara.”
Cerita asal daripada:NONA Online

Monday, February 24, 2020

'Syurga Ketenangan'

Syurga ketenangan Belum

Pabila kaki melangkah ke jeti Hentian Royal Belum Amanjaya, Perak, terasa suasana begitu tenang.

Bertambah menarik apabila rumah bot meluncur membelah kawasan tadahan air empangan Tasik Temenggor seluas 152 kilometer persegi menuju ke Royal Belum, fikiran mula memikirkan apa lagi yang bakal dinikmati dalam perjalanan lebih dua jam itu.

Aku mula terasa kedinginan akibat dihembus lembut tiupan angin dari permukaan tasik yang menampung 6,050 juta meter padu air.

Keterujaan mula bermain di fikiran sebaik lima pancaindera digoda khususnya mata untuk melihat keindahan alam sekitar, hidung menghidu udara segar, telinga mendengar bunyian alam, tangan dan lidah menyentuh serta merasa hidupan alam.
Hutan Royal Belum yang wujud sejak 130 juta tahun lalu, malah lebih tua daripada usia hutan Amazon, di Brazil dilindungi Perbadanan Taman Negeri Perak agar kekal sebagai warisan semula jadi tanpa disentuh oleh pencemaran.

“Kehidupan di sini sangat semula jadi, malah oksigen yang kita sedut sangat segar dan dapat dirasakan sehingga ke dalam paru-paru.

“Tiada sebarang pembangunan dibenarkan, malah kemudahan rumah bot untuk aktiviti pelancongan dihadkan dengan pengeluaran 35 permit sahaja bagi mengelakkan pencemaran udara dan air di kawasan Tasik Temenggor dan Pulau Banding, di sekitar Taman Negara Royal Belum ini,”


Menaiki rumah bot Arus Belum dengan tiga deck pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang pakej dua hari satu malam menyusuri tasik yang mempunyai ke dalaman lebih 100 meter itu.

Selain aktiviti di dalam rumah bot seperti bbq, karaoke dan tidur di bilik yang selesa, pengunjung dapat melakukan banyak aktiviti lain di luar rumah bot.

Memancing pelbagai spesis ikan seperti sebarau, toman, kelah, lampam dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mandi air terjun di 12 lokasi menarik, aktiviti merentasi hutan, berkhemah, berkayak, berakit, melihat spesis burung enggang dan menghayati kehidupan alam dan flora.

Antara aktiviti kemasyarakatan yang dapat dilakukan termasuk menziarahi perkampungan Orang Asli kaum Jahai di Sungai Klewang.

Mereka antara masyarakat teramai mendiami hutan Royal Belum daripada 600 hingga 800 pelbagai perkampungan dan kaum Orang Asli yang hidup tanpa sebarang kemudahan asas seperti elektrik dan sumber air paip.

Mereka juga dipisahkan dengan perjalanan dua jam ke jeti sebelum menaiki kenderaan darat untuk ke pekan Grik bagi membeli keperluan asas.

Tarikan lain seperti menjejak bunga Rafflesia, merentasi hutan ke Santuari Ikan Sungai Ruok dan bermandi-manda bersama spesis ikan di air terjun sungai berkenaan. Ia termasuk dapat melihat hidupan liar mahupun melawat Salt Licks yang menjanjikan keseronokan tersendiri
Berminat ke Royal Belum?..
012 2299534















Sunday, February 23, 2020

Merupakan cabang anak sungai yang berpunca dari wilayah Pattani yang juga menghubungkan antara Perak dengan wilayah Selatan Thailand.

Air Beruk Campsite
Air Beruk terletak kira-kira 13KM dari Pekan Gerik melalui jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Ia merupakan cabang anak sungai yang berpunca dari wilayah Pattani yang juga menghubungkan antara Perak dengan wilayah Selatan Thailand.

Di sungai Air Beruk ini jugak terletaknya tapak perkelahan unik yang menyediakan suasana tenang dan nyaman boleh dinikmati untuk lari sebentar dari kesibukan kerja. Tapak perkelahan dan perkhemahan yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah ABC-Air Beruk Campsite. Ye! ABC terletak di pinggir sungai air beruk ni lah!








Monday, February 17, 2020

Port Best 'Sumpitan'

Port nak bercuti di dalam chalet tepi sungai yang seronok di Lenggong. Korang boleh menginap di chalet yang bersebelahan betul dengan anak sungai, dalam kawasan lapang yang berpagar dan dikelilingi dengan pokok yang menghijau. Memang bestlah sebab boleh plan pelbagai aktiviti santai seperti BBQ dan bermandi mandi di air sungai yang sejuk bersih dan dingin nyaman. Dekat sini ada 8 buah chalet dengan pelbagai saiz iaitu:
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍✔️ Bilik 1
🔹3 dewasa, 1 kanak-kanak
🔹1 katil queen + 1 katil single
🔹Lokasi di kaki sungai
🔹River view balkoni
🔹Aircond + kipas
🔹Tv (mytv)
🔹Dapur + peti ais + peralatan masak + kettle
🔹Berdekatan dengan tempat bbq
🔹Berdekatan dapur utama dan dewan utama
🔹RM210/malam
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍✔️ Bilik 2 dan 3
🔹2 dewasa, 1 kanak-kanak
🔹1 katil queen
🔹Lokasi di kaki sungai
🔹River view tingkap
🔹Aircond + kipas
🔹Berdekatan dengan tempat bbq
🔹Bilik air di luar
🔹Berdekatan dapur utama dan dewan utama
🔹RM150/malam
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍✔️ Bilik 4 dan 5
🔹2 dewasa, 1 kanak-kanak
🔹1 katil queen
🔹Lokasi di tengah²
🔹River view balkoni
🔹Aircond + kipas
🔹Berdekatan dengan tempat bbq
🔹Bilik air di dalam + water heater
🔹Berdekatan dapur utama dan dewan utama
🔹RM160/malam
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍✔️ Bilik 7 dan 8
🔹2 dewasa, 1 kanak-kanak
🔹1 katil queen
🔹Aircond + kipas
🔹Berdekatan dengan tempat bbq
🔹Bilik air di dalam + water heater
🔹Berdekatan dipping pool
🔹Berdekatan tempat wakaf
🔹RM160/malam
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍✔️ Bilik 9 (Studio unit)
🔹2 dewasa, 1 kanak-kanak
🔹1 katil queen
🔹Aircond + kipas
🔹Dapur + peti ais + kettle
🔹Bilik air di dalam + water heater
🔹Berhadapan aliran sungai
🔹Berdekatan dipping pool
🔹RM210/malam
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍
Sungai di sini private. Selain dari tu,dipping pool turut ada. Amat sesuai untuk kanak2 dan family. Boleh korang create moment dengan family sahaja.Untuk aktiviti memasak, dapur juga turut disediakan. Korang hanya perlu beli dan bawa barang2 sendiri untuk dimasak sahaja. Kemudahan lain yang ada:
➡️ Dewan terbuka serbaguna
➡️ Surau
➡️ Dapur / ruang bbq
➡️ Camping / perkelahan keluarga
➡️ Tapak perkhemahan
➡️ Family day / majlis perkahwinan
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
‍‍Nama Tempat: D'impiana Riverview
Alamat: A6 Kampung Sumpitan, 33420 Lenggong Perak





















Sunday, February 16, 2020

Jambatan Tanpa Tiang Di Gerik Paling Panjang Asia

Jambatan Tanpa Tiang Di Gerik Paling Panjang Asia





Ada diantara mereka yang tinggal dan menetap di Gerik pun tidak tahu tentang wujudnya satu struktur yang cukup membanggakan sehinggakan ianya diangkat sebagai struktur kemudahan awam terbaik dan diperkatakan diseluruh rantau Asia beberapa tahun dahulu.

Jangan anda tidak tahu tentang cerita menariknya disebalik jambatan Batu 6 yang menghubungkan Gerik dengan Bandariang. Jambatan tersebut telah dianugerahkan sebagai jambatan konkrit satu rentang tanpa tiang yang paling panjang di Malaysia dan ianya telah dinobatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Tidak cukup dengan itu, pembinaan jambatan tanpa tiang yang berteraskan teknologi terkini dan mesra alam ini juga diiktiraf sebagai jambatan yang paling panjang di Asia dengan menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC). Warga Gerik pasti cukup berbangga dengan wujudnya jambatan ini.

Untuk makluman pembinaan jambatan unik ini dimulakan sejak pada tahun 2013 dengan menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC). Ia dibina dengan panjang jambatan sepanjang 100 meter dan 5 meter lebar untuk kemudahan orang awam menyeberang Sungai Perak.

Tuesday, February 4, 2020

Nak rehatkan minda sini le Beb!

Nak Rehatkan Minda Disini Tempatnya

Bagi anda yang menggemari kawasan pelancongan yang boleh merehatkan minda dan menenangkan jiwa dari kesibukan bandar, sudah pasti negeri Perak adalah satu pilihan yang tepat kerana Perak punyai sebuah destinasi pelancongan yang istimewa dan sangat sesuai untuk anda.

Lokasi tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah di Hutan Royal Belum. Seperti kita semua maklum, Royal Belum terletak di dalam daerah Gerik di utara negeri Perak.
Untuk sampai ke kawasan Royal Belum, anda boleh lalui dua jalan darat dan air yang jelas berbeza. Ianya sudah pasti dari jeti Tasik Temenggor dan juga memandu kenderaan terus ke Hutan Royal Belum menerusi jambatan.

Untuk terus ke Hutan Royal Belum dengan memandu kenderaan, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan kemudian ambil simpang keluar di Kuala Kangsar dan seterusnya anda hanya perlu ikut papan tanda menuju ke Pengkalan Hulu.

Royal Belum
Jika anda ingin menggunakan kenderaan laluan air untuk menjelajah kawasan Royal Belum, anda boleh terus ke jeti Tasik Temenggor. Untuk ke jeti tersebut, anda boleh gunakan Lebuhraya Timur Barat sehinggalah bertemu di sebuah jambatan yang panjang melintasi tasik yang menghubungkan daratan dengan pulau.

Di bawah jambatan tersebut, itulah terhamparnya tasik yang luas yang dikenali sebagai Tasik Temenggor,Pulau Banding. Terdapat sebuah jeti di tasik tersebut yang boleh membawa anda pergi ke Royal Belum.

Terdapat juga perkhidmatan house boat yang disediakan sebagai pengangkutan dan juga penginapan. Harga sewa house boat berbeza-beza mengikut jenisnya. Pakej yang disediakan adalah menjelajah Hutan Royal Belum dengan house boat selama 2 hari 1 malam yang harganya mencecah sehingga RM2,800. Terdapat juga house boat mewah lain seumpama dengannya yang lebih mahal dan harganya mencecah harga lebih RM9,000. Jadi, anda boleh pilih perkhidmatan mengikut kemampuan kumpulan anda.