Tuesday, February 4, 2020

Nak rehatkan minda sini le Beb!

Nak Rehatkan Minda Disini Tempatnya

Bagi anda yang menggemari kawasan pelancongan yang boleh merehatkan minda dan menenangkan jiwa dari kesibukan bandar, sudah pasti negeri Perak adalah satu pilihan yang tepat kerana Perak punyai sebuah destinasi pelancongan yang istimewa dan sangat sesuai untuk anda.

Lokasi tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah di Hutan Royal Belum. Seperti kita semua maklum, Royal Belum terletak di dalam daerah Gerik di utara negeri Perak.
Untuk sampai ke kawasan Royal Belum, anda boleh lalui dua jalan darat dan air yang jelas berbeza. Ianya sudah pasti dari jeti Tasik Temenggor dan juga memandu kenderaan terus ke Hutan Royal Belum menerusi jambatan.

Untuk terus ke Hutan Royal Belum dengan memandu kenderaan, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan kemudian ambil simpang keluar di Kuala Kangsar dan seterusnya anda hanya perlu ikut papan tanda menuju ke Pengkalan Hulu.

Royal Belum
Jika anda ingin menggunakan kenderaan laluan air untuk menjelajah kawasan Royal Belum, anda boleh terus ke jeti Tasik Temenggor. Untuk ke jeti tersebut, anda boleh gunakan Lebuhraya Timur Barat sehinggalah bertemu di sebuah jambatan yang panjang melintasi tasik yang menghubungkan daratan dengan pulau.

Di bawah jambatan tersebut, itulah terhamparnya tasik yang luas yang dikenali sebagai Tasik Temenggor,Pulau Banding. Terdapat sebuah jeti di tasik tersebut yang boleh membawa anda pergi ke Royal Belum.

Terdapat juga perkhidmatan house boat yang disediakan sebagai pengangkutan dan juga penginapan. Harga sewa house boat berbeza-beza mengikut jenisnya. Pakej yang disediakan adalah menjelajah Hutan Royal Belum dengan house boat selama 2 hari 1 malam yang harganya mencecah sehingga RM2,800. Terdapat juga house boat mewah lain seumpama dengannya yang lebih mahal dan harganya mencecah harga lebih RM9,000. Jadi, anda boleh pilih perkhidmatan mengikut kemampuan kumpulan anda.














No comments:

Post a Comment