Tuesday, December 3, 2019
Jom try Glamorous Camping di The Hid3out!
Camping ๐ช dengan style!!!
Berhadapan ๐ฆ air terjun!
❌ perlu bawa/beli ⛺ khemah!
❌ perlu bawa ๐ tilam + bantal!
❌ perlu bawa ๐ meja!
❌ perlu bawa ๐ dapur untuk bbq!
❌ perlu bawa ๐ฆ lampu torchlight!
❌ perlu bawa ๐ kipas!
❌ perlu bawa barang banyak-banyak!
Hanya perlu ✅ bawa baju dengan kelengkapan mandi ๐๐ฝ sahaja! ๐ Yang lain disediakan!!
Tempat GLAMPING ๐ช paling stylo ๐คฉ di Malaysia!!! Malaysia Hari Ini (MHi) Tv3 pun dah datang!!!
Dekat je, tak perlu drive ๐๐๐ jauh-jauh! Tak sempat tido dah sampai! ๐
Hanya 20 minit dari KL (lokasi di Sungai Tua Selayang) jalan ke Ulu Yam.
Unggun api ๐ฅ pun disediakan tak perlu buat sendiri!!! Unggun api rainbow ๐ pulak tu!!
Pakej harga hanya dari ๐ฐ
- 299 untuk 2 org satu glamping tent.
- 399 untuk 3/4 org satu glamping tent.
- (Termasuk makan malam, marshmallows untuk campfire & breakfast ๐ณ)
Untuk๐กpertanyaan/tempahan sila hubungi:
๐Contact No:
011.12811725 (Danial)
๐ฎEmail: hello.hid3out@gmail.com
Website: www.thehid3out.com
Instagram: @thehid3out
Facebook: https://m.facebook.com/hid3out/
#TheHid3out #Shhh #GlamorousCamping #Glamping #GlampingMalaysia
Thursday, November 28, 2019
Serang Hendap Di Kroh
Pada 17 Jun 1968, lebih kurang jam 5.30 petang, satu konvoi sedang bergerak dari pangkalan PPH Kroh menuju ke Betong melibatkan Strike Force daripada Platun 11 Batalion 1, Kompeni C, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta dan Platun 11 Batalion 2 untuk menjalankan tugas “Ops Sawadee Salam”.
Sebelum itu Platun 11, Batalion 2, PPH Ulu Kinta yang diketuai oleh ASP G/3067 Tan Hun Tiong (Johny) bersama enam orang anggota telah bergerak ke stor di Sungai Petani mengambil kawat duri untuk dibawa ke Tek Betong dan kemudiannya bergabung bersama pasukan bantuan Strike Force yang bermalam di Pangkalan Batalion 19 PPH Kroh.
Maklumat awal mengatakan pihak komunis akan menyerang Tek PPH di Betong. Di atas maklumat tersebut satu pasukan bantuan dan kawad duri diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan di sana. Setelah semuanya berkumpul di Pangkalan Batalion 19 Kroh, konvoi mula bergerak dengan di dahului oleh Insp. Malik Arshad diikuti oleh empat buah kenderaan iaitu Land Rover, Trak Unimog serta Trak 3 tan dan di belakang sekali adalah Trak 3 tan tanpa bumbung yang dinaiki oleh ASP Tan Hun Tiong bersama anggotanya yang sarat dengan katil tambahan dan kawat duri untuk di bawa ke Tek Betong. Apabila sampai di Pekan Kroh, Insp. Malik Arshad telah berhenti untuk membeli barang keperluan dan meminta supaya ASP Tan Hun Tiong bergerak dahulu.
Sebaik sahaja lori ASP Tan Hun Tiong melepasi sempadan, kedengaran deruan kenderaan konvoi yang berada di belakang telah semakin hampir. Dengan tidak semena-mena ketika itu juga terdengar tembakan bertalu-talu ke arah konvoi Insp Malik Arshad. ASP Tan Hun Tiong dan anak buahnya dengan pantas melompat turun dari lori mengambil kedudukan berlindung. PC Low Teng (pemandu lori) tanpa berlengah telah memecut lori seorang diri menuju ke Tek Betong untuk meminta bantuan. ASP Tan Hun Tiong dan anggotanya terus dihujani peluru sehingga tidak dapat memberi bantuan kepada konvoi Insp Malik Arshad, walaupun jaraknya begitu hampir. Pasukan polis yang diketuai oleh Insp. Malik Arshad terus melawan dan memberikan tentangan walaupun tiada tempat untuk berlindung. Akhirnya satu persatu anggota konvoi rebah ke bumi. Kedudukan musuh amat strategik kerana berada di atas tiga buah bukit dan menyerang sewaktu konvoi melalui selekoh tajam.
Beberapa minit kemudian satu Platun dari Tek Betong diketuai oleh Sjn.Isam bin Long telah tiba untuk memberi bantuan, tetapi segala-galanya telah terlambat. Pada waktu itu yang tinggal hanyalah mayat yang bergelimpangan dan anggota-anggota yang mengalami kecederaan parah. Konvoi seramai 35 anggota PPH yang diserang hendap oleh komunis telah menyebabkan seramai 16 orang terkorban dan 17 orang mengalami kecederaan manakala 2 orang anggota berjaya melepaskan diri dengan memasuki hutan berhampiran tanpa mengalami kecederaan. Mereka telah dijumpai beberapa hari kemudiannya dengan didapati merayau-rayau di kawasan hutan tersebut dalam keadaan yang penuh trauma. Dua anggota di kalangan 17 anggota yang tercedera berikutnya telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang teruk di hospital. Sementara Insp Malik Arshad telah mengalami kecederaan yang parah dan pihak komunis turut mengambil serta merampas ke semua senjata, kelengkapan dan radio wireless set.
Ini adalah satu titik hitam dalam sejarah bagi Pasukan Polis Diraja Malaysia dan khususnya bagi Platun 11 Kompeni ‘C’ Batalion 1 PPH di dalam peperangan menentang pengganas komunis di Malaysia. Insiden ini akan selalu diingati sebagai salah satu pengorbanan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota pasukan polis.
Sunday, November 17, 2019
Masjid Raja Di Bina Pada 1541 masih kekal sehingga kini
Masjid pertama berusia 480 tahun yang masih tersergam kukuh di tengah-tengah kampung....Masjid dikenali sebagai "Masjid Raja" itu yang terletak berhampiran Masjid al-Rahmaniah di Kampung Chepor,, dibina pada zaman Sultan Muzzafar Shah 1 (Sultan pertama negeri Perak) lagi.
Masjid Raja mula dibina pada 1539 dan mula diguna pada 1541.
sejarah pembinaan masjid itu bermula dari kejatuhan Melaka pada 1511, selepas Sultan Mahmud Shah ditabalkan sebagai sultan di Kampar(Indonesia).
Antara tokoh penting yang membuka Kampung Chepor ialah Tun Sa'aban dan adiknya, Tun Puteh (dua daripada 12 beradik anak Tun Perak), kedua-dua mereka ikut berundur bersama Sultan Mahmud Shah dari Melaka..Tun Puteh sering menziarahi abangnya,, beliau berkata ketika berulang alik itulah mereka nampak antara Batu Berala dan Batu Pangkalan itu ada tempat yang cantik.Mereka singgah di kuala sebatang anak sungai, mereka menambat rakit kepada sebatang pokok besar yang tumbang ke air."Mereka tambat rakit pada pokok tumbang ke air itu dan bila mereka tolak, kayu itu naik semula dengan bunyi 'chepor',,,, tolak lagi, naik semula dengan bunyi sama dan begitu berkali-kali.
"Akhirnya mereka namakan tempat itu sebagai Chepor dan mereka terus mendarat sehingga sampai berjumpa batu besar di satu tempat (yang akhirnya) mendapat nama Bukit Belapik.
"Tun Puteh memacakkan kerisnya ke batu besar itu lalu berkata: 'Kita bukaklah kampung di sini' dan itulah kisah pembukaan Kampung Chepor sebelum pembinaan Masjid Raja,"pada 1539, Sultan Muzaffar Shah 1 mengarah semua kampung di bawah tadbiran Tun Sa'aban dan Tok Temong (kedua-duanya di bawah jajahan Perak) membina masjid,,atas titah Tuanku Sultan, orang Kampar dan Pattani datang bantu penduduk Kampung Chepor masuk hutan untuk mencari kayu-kayu yang kukuh seperti cengal, dan merbau dan sebagainya.
Bangunan yang penentuan arah Qiblat oleh seorang ulamak dari Pattani, yang bangunan asalnya berdindingkan kelarai dan beratapkan daun rumbia akhirnya siap dan mulai digunakan pada 1541.
"Binaan asal masjid itu terdiri daripada kayu kayan yang tak boleh dimakan anai-anai di mana asalnya dinding kelarai, atap rumbia dan rangka atasnya kayu-kayu bulat.
"Baikpulih kali ketiga barulah diganti dengan dinding papan dan atap zink dan kekal hingga sekarang,"Masjid Raja tidak dirasmikan, tapi pada 1541, ketika Jumaat pertama didirikan di bangunan itu, Sultan Muzaffar Shah 1 menunaikan solat bersama dengan berimamkan seorang ulamak Pattani yang jadi pengikut Tun Sa'aban.
Masjid yang rekabentuknya dipengaruhi senibina Riau, Sumatra, Minangkabau, Melayu, Deli dan Langkap itu terus diguna sehinggalah siapnya masjid baru (Masjid al-Rahmaniah) pada 1964, masjid baru itu yang telah uzur dirobohkan sekitar 2000-an dan pada 2004 siaplah bangunan baru yang ada sekarang ini, terletak berhampiran bangunan tua Masjid Raja.
Sementara menunggu siap bangunan baru masjid yang ada sekarang ini pada 2004, katanya penduduk Kampung Chepor kembali semula bersolat Jumaat dan solat lima waktu berjamaah di Masjid Raja.
"Selepas 2004 Masjid Raja tidak lagi digunakan hinggalah sekarang dan sekarang ini nampaknya semakin disebut-sebut semula.
"Banyak jasanya masjid yang boleh menampung kira-kira 100 ahli jamaah itu, pada awal dulu hari Jumaat, kerana tidak cukup ahli kariah, orang Kampung Luat, Beng, Bukit Sapi dan Labit pun datang ke Chepor.
"Hanya Labit yang dekat, orang dari tiga kampung lain itu pada petang Khamis lagi telah datang ke Chepor dan pulang semula selepas selesai Jumaat,".
(Seorang Pegawai Tadbir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang yang juga penduduk kampung chepor, Haji Lokman Bin Haji Mahmud, 59, yang masih menyimpan baik sejarah pembinaannya... beliau yang menceritakan sejarah masjid ini)

Thursday, November 14, 2019
RAJA SIAM MEMAKSA SULTAN PERAK MENGHANTAR BUNGA EMAS ATAU SEEKOR GAJAH BERKUKU 20.
Dalam masa suasana perhubungan Perak - Reman sedang diliputi mendung disebabkan oleh orang orang Reman mencerobohi masuk ke Klian Intan Perak dengan suruhan Raja Siam dalam tahun 1818,serta memaksa negeri ini menghantar Bunga Emas ke Siam kerana Raja Siam ada berjanji jika sultan Perak dapat mencarikan baginda seekor gajah yang berkuku dua puluh maka tidaklah payah lagi Perak menghantar Bunga Emas taip- tiap tahun.
Pada suatu hari Dato' Panglima Kinta Ngah Abdul Sam telag mendapat seekor gajah jantan seperti yang dikehendaki oleh Raja Sian itu lalu dinamakan Chapang Pileh.Gajah itu kemudian dihantarkan dengan istiadat ke Siam.Maka selepas ini tidaklah Perak menghantar Bunga Emas lagi.
Melihat kelemahan kuasa Perak ini Yuan Tok Nik Tok Leh,Raja Reman menjadi semakin galak dan berani lalu bertindak merampas berterang-terangan kawasan lombong bijih timah di Klian Intan itu.Perbuatan Raja Reman yang ceroboh itu sangatlah menggusarkan Sultan Perak(Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Al-marhum Sultan Ahmaddin Shah,Sultan Perak yang ke-XIX,1806-1824).Tetapi apakah daya kerana baginda tiada berkuasa hendak menghalaukan orang orang Reman itu.
Hatta maka sampailah kepada zaman Paduka Seri Sultan Abdullah Muazzam Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah(Sultan Perak yang ke-XX)menaiki takhta Kerajaan(1824-1830).Pada tahun 1826 baginda telah mengikat suatu perjanjian persahabatan dengan Syarikat Inggeris diPulau Pinang.
Tidak berapa lama selepas membuat perjanjian dengan Syarikat Inggeris itu baginda telah menghantar sepasukan tentera yang kuat diketuai oleh Dato'Seri Lela(Dato ini sememangberasal dari Kroh(pengkalan hulu)sebagai panglima perang dan seorang wakil peribadi baginda,iaitu adik perempuan baginda yang bernam Raja Andak.
Adapun Raja Andak itu bukan sahaja seorang puteri yang cantik jelita dan handal bermain senjata tetapi bijak juga dan bermain cinta asmara.Ia sudah tiga belas kali berganti suami.Ketika menerima perintah paduka kekanda ya pergi ke Hulu Perak itu ia baru sahaja berkahwin dengan Dato' Seri Lela.Jandanya yang terakhir sekali sebelum itu ialah Raja Kasim.
Oleh sebab kedatangan tentera-tentera Perak itu dengan cara mengejut dan tiba-tiba sahaja maka tidaklah sempat Tuan Tok Nik Tok Leh membuat persediaan melawan lalu ia pun berundur balek ke Reman.Tentera Perak dengan mudahnya telah dapat mengalahkan orang-orang Reman lalu menduduki Kubu Kapeh (sekarang kg Kapeh) Klian intan dan kuala Kepayang.
Sungguhpun Raja Reman beroleh kekalahan akan tetapi tidaklah ia nya berdiam diri sahaja melainkan sentiasa berikhtiar mencari jalan hendak mengambil balik tempat-tempat yang telag terlucut itu,sama ada dengan jalan peperangan ataupun dengan cara tipu muslihat.Bukan itu sahaja,ia juga bercita-cita hendak merampas Raja Andak daripada Dato' Seri Lela,sebab ia telah naik berahi mendengarkan cerita kejelitaan paras Raja Andak itu.
Baginda telah menghantar orang-orangnya pergi menyamar dan mengintip ke dalam kubu Kapeh,tempat Raja Andak berkawal.Maka daripada keterangan yang diterimanya daripada pengintip itu ternyatalah Raja Andak sudah mula jelak dengan suaminya Dato' Seri Lela dan diakhir-akhir ini mereka selalu tidak bersefahaman.Ini peluang terbaik fikir Raja Reman.
Beberapa hari kemudian Raja Reman pun mengutus orang kepecayaan baginda untuk menyampaikan sepucuk surat secara rahsia kepada Raja Andak.Diantara lain-lain,surat mengandungi beberapa rangkap pantun yang membayangkan hasrat hati baginda terhadap Raja Andak.
Bersambung....
Tuan Lebeh,Long Raya,Raja Muda Reman
Dengan kawan Jun 1899Pada suatu hari Dato' Panglima Kinta Ngah Abdul Sam telag mendapat seekor gajah jantan seperti yang dikehendaki oleh Raja Sian itu lalu dinamakan Chapang Pileh.Gajah itu kemudian dihantarkan dengan istiadat ke Siam.Maka selepas ini tidaklah Perak menghantar Bunga Emas lagi.
Melihat kelemahan kuasa Perak ini Yuan Tok Nik Tok Leh,Raja Reman menjadi semakin galak dan berani lalu bertindak merampas berterang-terangan kawasan lombong bijih timah di Klian Intan itu.Perbuatan Raja Reman yang ceroboh itu sangatlah menggusarkan Sultan Perak(Paduka Seri Sultan Abdul Malik Mansur Shah ibni Al-marhum Sultan Ahmaddin Shah,Sultan Perak yang ke-XIX,1806-1824).Tetapi apakah daya kerana baginda tiada berkuasa hendak menghalaukan orang orang Reman itu.
Hatta maka sampailah kepada zaman Paduka Seri Sultan Abdullah Muazzam Shah ibni Al-marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah(Sultan Perak yang ke-XX)menaiki takhta Kerajaan(1824-1830).Pada tahun 1826 baginda telah mengikat suatu perjanjian persahabatan dengan Syarikat Inggeris diPulau Pinang.
Tidak berapa lama selepas membuat perjanjian dengan Syarikat Inggeris itu baginda telah menghantar sepasukan tentera yang kuat diketuai oleh Dato'Seri Lela(Dato ini sememangberasal dari Kroh(pengkalan hulu)sebagai panglima perang dan seorang wakil peribadi baginda,iaitu adik perempuan baginda yang bernam Raja Andak.
Adapun Raja Andak itu bukan sahaja seorang puteri yang cantik jelita dan handal bermain senjata tetapi bijak juga dan bermain cinta asmara.Ia sudah tiga belas kali berganti suami.Ketika menerima perintah paduka kekanda ya pergi ke Hulu Perak itu ia baru sahaja berkahwin dengan Dato' Seri Lela.Jandanya yang terakhir sekali sebelum itu ialah Raja Kasim.
Oleh sebab kedatangan tentera-tentera Perak itu dengan cara mengejut dan tiba-tiba sahaja maka tidaklah sempat Tuan Tok Nik Tok Leh membuat persediaan melawan lalu ia pun berundur balek ke Reman.Tentera Perak dengan mudahnya telah dapat mengalahkan orang-orang Reman lalu menduduki Kubu Kapeh (sekarang kg Kapeh) Klian intan dan kuala Kepayang.
Sungguhpun Raja Reman beroleh kekalahan akan tetapi tidaklah ia nya berdiam diri sahaja melainkan sentiasa berikhtiar mencari jalan hendak mengambil balik tempat-tempat yang telag terlucut itu,sama ada dengan jalan peperangan ataupun dengan cara tipu muslihat.Bukan itu sahaja,ia juga bercita-cita hendak merampas Raja Andak daripada Dato' Seri Lela,sebab ia telah naik berahi mendengarkan cerita kejelitaan paras Raja Andak itu.
Baginda telah menghantar orang-orangnya pergi menyamar dan mengintip ke dalam kubu Kapeh,tempat Raja Andak berkawal.Maka daripada keterangan yang diterimanya daripada pengintip itu ternyatalah Raja Andak sudah mula jelak dengan suaminya Dato' Seri Lela dan diakhir-akhir ini mereka selalu tidak bersefahaman.Ini peluang terbaik fikir Raja Reman.
Beberapa hari kemudian Raja Reman pun mengutus orang kepecayaan baginda untuk menyampaikan sepucuk surat secara rahsia kepada Raja Andak.Diantara lain-lain,surat mengandungi beberapa rangkap pantun yang membayangkan hasrat hati baginda terhadap Raja Andak.
Bersambung....
Tuesday, November 12, 2019
Perang Saudara Di Huluperak.
Gambar diambil selepas istiadat penyerahan Daerah Reman Kepada Kerajaan Perak diKroh pada 16 July 1909 (Dari kiri ke kanan) Pegawai (Merinyu) Polis Siam,G Simpson(Meriyu Polis Kuala Kangsar) J.D Kemp(Pengurus Lombong Rahman)H.Berkerley(Pegawai Daerah Huluperak)E.W.Brich(British Residen Perak)A.S Jelf(Penolong Setiausaha kepada Residen)Orang Kaya Menteri Inche Wan Muhammad Isa dan Orang Kaya Seri Adika Raja Inche Wan Muhammad Salleh.
Pada akhir abad ke 19, peperangan meletus di Hulu Perak. Perang saudara tersebut hanya berakhir pada 1909. Setelah perang berakhir, Hulu Perak diserahkan kepada pemerintahan Negeri Perak yang ketika itu telah dijajah oleh Inggeris. Penyerahan bumi itu oleh kerajaan Siam adalah hasil Perjanjian Burney antara kerajaan Siam dengan kerajaan Perak di bawah pemerintahan Inggeris.
Sebahagian daripada Hulu Perak, bermula dari tempat yang bernama Bukit Nasah di bahagian selatan adalah di bawah kekuasaan Siam. Kerajaan Siam melantik pembesar dan wakil raja sebagai pemerintah bahagian Perak Hulu yang dulunya dikenali sebagai Negeri Reman.
Pemerintahan kerajaan Melayu Reman itu berpusat di tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Selarong yang terletak tidak jauh dari pekan kecil Pangkalan Hulu atau dulunya disebut Pekan Kroh. Bekas istana Tuan Jagung, Raja Reman yang terakhir, masih ada hingga sekarang di Kampung Selarong.
Di kampung ini juga terdapat makam permaisuri Cik Neng, iaitu isteri Tuan Jagung. Permaisuri itu mangkat pada 1915. Kemangkatan permaisuri itu ada kaitannya dengan kerinduan yang amat sangat terhadap kematian putera bongsunya yang bernama Tuan Lebih Long Raya yang bakal menjadi Raja Reman.
Putera Raja Reman ini ditangkap oleh pemerintah Siam pada 1899 dan dibunuh di Bangkok. Beliau disyaki menjalankan kegiatan untuk memerdekakan Reman daripada cengkaman Siam. Begitulah serba sedikit tentang sebuah kerajaan Melayu yang wujud di Hulu Perak sebelum abad ke-19.
Cerita ini meriwayatkan satu teladan bagaimana pada masa dulu pembesar Melayu dapat digunakan oleh orang asing yang melaga-lagakan mereka supaya mereka bergaduh sesama sendiri. Dengan itu senang mereka mengambil alih pemerintahan daripada orang Melayu.
Angkara inilah yang menyebabkan berlakunya beberapa peperangan di Hulu Perak. Dulu Reman ialah daerah hulu dan terletak berhampiran dengan Pattani. Kerajaan Melayu Pattani yang berteraskan Islam ialah sebuah kerajaan yang kuat dan sangat stabil pemerintahannya pada abad ke-17 dan 18.
Setelah Siam menakluki Pattani, negeri itu dipecah- pecahkan menjadi beberapa negeri kecil. Siam melantik pembesar Melayu menjadi raja atau pemerintah di negeri tajaannya. Reman adalah salah satu daripadanya.
Di Kampung Kerunai, terdapat beberapa batu tanda yang menjadi sempadan antara Negeri Perak di bahagian hulu dengan negeri Reman yang berada di bawah kuasa Siam. Pada 1882, satu perjanjian dibuat antara kerajaan Perak di bawah penjajah Inggeris dengan Tuan Jagung, raja Reman di bawah takluk Siam.
Dalam perjanjian itu, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa sempadan yang baru adalah di Bukit Nasha, yang terletak kira-kira lima kilometer ke selatan pekan Grik. Hingga sekarang, tempat itu disebut bukit Nasha,(MRSM GERIK sekarang) iaitu mengambil sempena perkataan 'nak disahkan satu perjanjian'.
Pada 1899, satu perjanjian baru dibuat bagi menentukan sempadan yang boleh diterima oleh orang Melayu Hulu Perak. Sempadan baru itu terletak di Kerunai, di utara pekan Grik. Di situ, pada masa ini, terdapat beberapa batu tanda sempadan yang dibuat dengan simen berbentuk segi empat, kira-kira satu suku meter tinggi dan satu meter lebar.
Batu itu didirikan di atas sempadan. Jarak antara setiap satu adalah kira-kira satu km. Pada 1909, satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney, disempurnakan antara kerajaan Perak dengan kerajaan Siam..Dalam perjanjian itu, Siam yang menguasai kerajaan Melayu Reman sejak 1826 bersetuju menyerahkan sebahagian besar Hulu Perak yang luasnya kira-kira 1,800 km persegi kepada kerajaan Negeri Perak.
Sejak penyerahan itu, daerah Hulu Perak yang rata-rata didiami oleh orang Melayu Pattani dan bertutur dialek Melayu Pattani bebas daripada cengkaman Siam. Namun kemerdekaan Hulu Perak bukanlah bermakna mereka terlepas daripada cengkaman penjajah lain.
Kemudian Hulu Perak berada pula di bawah pemerintahan Inggeris yang tahu bahawa daerah ini kaya dengan khazanah yang tersembunyi dalam hutan belantaranya. Nasib kerajaan Melayu Reman agak malang. Setelah kematian Tuan Jagung, kerajaan Siam memansuhkan pemerintahan beraja ke atasnya.
Dengan itu berakhir sebuah kerajaan Melayu Reman yang memerintah sebahagian daripada Hulu Perak dan sebahagian Hulu Patani yang dahulunya di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Pattani. Dalam mana mana penulisan sejarah Perak, jarang-jarang disentuh negeri Reman, sebuah kerajaan Melayu yang ditaja oleh Siam.
Cuma dalam buku Hulu Perak Dalam Sejarah yang ditulis oleh Tok Muda Raja Razman bin Raja Abdul Hamid, Tok Muda Meor Shamsuddin bin Meor Yahya dan Husin bin Mahmud, ada menceritakan dengan panjang lebar kewujudan kerajaan Melayu Reman di Hulu Perak.
Demikianlah apa yang saya tahu serba sedikit tentang sebuah kerajaan Melayu di Hulu Perak dan perang saudara yang berlaku sesama orang Melayu yang didalangi oleh kuasa asing.

Monday, November 11, 2019
Suka Selfie Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental
Gambar Hiasan
Menurut Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan sebagai penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak dalam amalan itu secara berlebihan sehingga boleh mendatangkan impak negatif sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.
Beberapa kajian telah dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,’ katanya.
Beliau juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, menurut kajian itu, sebanyak 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline” bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.
Manakala “selfitis akut” pula dikategorikan iaitu mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, “selfitis kronik” pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
Jelasnya lagi, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, “selfitis akut” dan “kronik” akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto merbahaya.
“Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti “anxiety disorder”, dan ketagihan.
“Kita tidak mampu memastikan bahawa sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Walau bagaimanapun jika dikaji perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
“Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie supaya mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.
Rusdi berkata, berswafoto juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai.
Sumber: Astro Awani via Aliff Channel
Tempat Menarik Di Padang Stang,Gerik.
Terdapat banyak homestay di sini jika korang nak menginap di sini tak jadi masalah, Antaranya Homestay Castella Cafe,Cik Mat&Cik Ton dan ABC Campsite.
Malah lebih seronok kerana suasana malam di sini lebih dingin dalam suasana kampung ditepi sungai di samping menikmati desiran air sungai yang mengalir. Kedinginan akan lebih terasa bermula jam 11mlm - 9pagi.
Selain dari chalet dan homestay terdapat juga pondok-pondok yang boleh disewa secara harian. Selain dari tempat berkelah korang juga boleh menjejaki air Sungai Berok yang terletak jauh di pedalaman, airnya lebih sejuk dan segar.
Terdapat kawasan yang agak selesa untuk mengadakan aktiviti seperti berkhemah yang menyeronokkan.
Kemudahan yg disediakan:
๐️ Pondok/Gazebo
๐ป Tandas dan bilik persalinan
๐ Parking kereta
๐♂️ Pelampung
๐️ Khemah
๐ช Gerai makanan dan minuman
๐ Surau
Jom!! Booking tempat anda sekarang..
www.wasap.my/60135185658
Thursday, November 7, 2019
Lombong Emas Di Kg Belum Lama.
Royal Belum yang berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan empat kali Singapura, berusia 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikannya hutan tertua di dunia, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.
BH cuba menjejaki beberapa kisah misterinya, seperti kewujudan Kampung Lama Belum, ikan toman gergasi, misteri pokok ara tiga penjuru, aktiviti memburu ikan pada waktu malam, orang asli suku Jahai serta lokasi pertempuran komunis dan tentera Malaysia.
Tidak ramai tahu, dalam hutan setebal dan seluas itu, pernah ada perkampungan lama masyarakat Melayu jauh di tengah-tengah hutan dan memerlukan perjalanan dua hari untuk sampai ke lokasinya.
Masyarakat Kampung Belum Lama, sudah berpindah ke Bendang Puru berhampiran Grik sejak 1952, selepas mendapat arahan pihak British yang melancarkan gerakan besar-besaran menawan komunis yang ketika menggunakan Hutan Belum sebagai tempat persembunyian dan kubu. Itu sudah menjadi sejarah.
Lapan kampung kecil yang ada di Belum Lama kini hanya tinggal bekas dan kubur lama. Namun, ia tetap dikunjungi setiap tahun, umpama sudah menjadi satu amalan dan tradisi yang berterusan oleh penduduk sekitarnya.
Untuk ke Kampung Belum Lama bukan satu kerja mudah kerana seseorang itu perlu menempuh perjalanan jauh bermula dari Sungai Kejar, melalui banyak sira haiwan (tempat haiwan liar minum), malah perlu bermalam di dalam hutan.
Ada orang kampung yang pernah berdepan situasi menakutkan apabila berselisih dengan haiwan seperti gajah, harimau dan seladang yang diketahui amat garang dan boleh mengancam nyawa manusia.
Malah, tinjauan wartawan BH di laluan utama ke Belum Lama juga menemui bekas tapak kaki gajah yang masih baru di sira pertama, hanya 15 minit perjalanan dari Sungai Kejar.
Kampung Lembu adalah kampung paling dekat di Belum Lama diikuti Kampung Tanjung, Kampung Banggol Seto, Kampung Penering, Kampung Meko, Kampung Belimbing dan Kampung Sepo.
Perjalanan ke Belum Lama kini sudah dipermudahkan dengan adanya Empangan Temenggor kerana dapat merentas hutan asal dengan menaiki bot sedangkan menurut penduduk asal Belum Lama, Mohamad Awang Kechik, 88, sebelum ada empangan, mereka mengambil masa seminggu untuk keluar dari kampung.
Menurut cerita Mohamad Awang atau mahu dikenali sebagai Pak Teh, orang Belum Lama mewarisi kehebatan yang ada pada Datuk Pulang Hari, iaitu orang yang mula-mula membuka Kampung Lama Belum bersama Puteri Saadon beratus tahun dulu.
"Datuk Pulang Hari diberi gelaran kerana kemampuannya pulang ke Pattani, Thailand dari Belum Lama pada hari sama, sedangkan orang lain mengambil masa berhari-hari. Anak beliau pula berkahwin dengan Puteri Saadon, orang bunian di Belum Lama.
"Keturunan kami datang dari mereka berdua. Kerana itulah ada keistimewaan tertentu dalam masyarakat kami. Setiap tahun, jika pulang melawat Belum Lama, mesti buat tahlil kerana jika tidak, ada saja halangan seperti hujan lebat dan banjir," kata Pak Teh.
Beberapa orang kampung yang ditemui turut menceritakan kehebatan yang diwarisi Pak Teh kerana dalam usia setua itu, Pak Teh masih boleh ke Belum Lama lebih cepat daripada orang lain. Malah, Pak Teh antara orang yang amat digeruni komunis suatu ketika dulu.
Tentu sekali Belum Lama menyimpan sejuta rahsia kerana ia masih mampu menarik masyarakat Belum Baru untuk ke situ setiap tahun sekadar untuk mengadakan majlis tahlil dan bergotong-royong membersih kawasan.
"Di sana ada lombong emas yang tidak ditemui tetapi masih wujud. Zaman kami dulu, orang kampung tak pedulikan kewujudannya tetapi semua orang tahu ia ada di Belum Lama," katanya.
Selain Belum Lama, banyak lagi misteri yang dapat dikupas mengenai Royal Belum termasuk kewujudan masyarakat Orang Asli suku Jahai yang dikatakan hanya terdapat di situ.
Jahai adalah satu daripada enam suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung. Mereka dipercayai berhijrah ke Asia Tenggara kira-kira 60,000 tahun dahulu, namun menurut orang kampung Belum Baru, mereka bukan penghuni asal Royal Belum kerana hidup mereka secara nomad (berpindah).
Tinjauan BH mendapati masyarakat itu kini menjadi penghuni tunggal di pinggir Tasik Temengor terutama di sekitar kawasan Sungai Kejar. Difahamkan, ada hampir 300 masyarakat Jahai di Hutan Belum.
Info Royal Belom
- Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31 Julai 2003.
- Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampungan kecil.
- Royal Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum dan Hutan Simpan Belum. Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala untuk ke Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.
- Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun adalah hutan tertua di dunia.
- Menjadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.
- Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).
- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.
- Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di Royal Belum.
Terima Kasih BH:Stori yg BH cerita ini semuanya benar belaka,Aku sendiri prnh jmpa Pakteh dan buat kajian dgn masyarakat di Grik.
Bersama Arwah Pakteh Antara Orang Asal Kg Belum Lama

Wednesday, November 6, 2019
Tun Saban Mengamuk!
Dipeti daripada Buku Sejarah Huluperak 1963
Sambungan....
Apabila sudah ditabal maka Baginda Sultan Mudzaffar Shah pun memanggil Tun Mahmud(anak kepada Tun Isap Berakah dengan puteri Siat) yang ketika itu telah bergelar Seri Agar diRaja memerintah diSelangor,datang ke Perak lalu dijadikan Bendahara (Beliau adalah bendahara Perak yang pertama.)Akan tetapi Tun Mahmud telah dipaksa oleh Sultan Alauddin Ri’yaat Shah adinda sebapa kepada Sultan Mudzaffar Shah datang ke Johor.
Beberapa lama kemudian Sultan Mudzaffar Shah berkerajaan diTanah Abang maka terjadi perselisihan diantara Baginda dengan Tun Saban,lalu bermusuh-musuhan kedua-duanya.Adapun yang menjadi punca perselisihan itu berpunca disebabkan Sultan Mudzaffar Shah berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah itu dijadikan gondek Baginda tetapi Tun Saban tidak bersetuju sama sekali. Maka Baginda pun memanggil Tun Saban datang ke Istana hendak diperdayakannya.
Tun Saban pun datang mengadap Baginda lalu dititah oleh Sultan Mudazaffar pergi mencari kayu ke dalam hutan untuk membuat istana Baginda yang baru. Selepas menerima titah perintah Baginda itu maka,Tun Saban pun balik kerumahnya menukar pakaian dengan tergesa-gesa hingga tanpa disedari bajunya terbalik.
Kemudian iapun turun kepengkalan mengambil perahu lalu berkayuh kehulu,beberapa kali ditegur orang,’Baju datok terbali’ tiada dihiraukanya kerana pada pendengaranya orang-orang itu menyuruh beliau balik,lalu dijawapnya,”Pantang Tun Saban berbalik”.
Maka sepeninggalan Tun Saban ke Hutan mencari kayu itu,datanglah orang-orang Raja mengambil Tun Merah dengan titah Baginda dibawa ke istana. Apabila sampai kehutan dikerahnya orang-orang Semag mengambil kayu,setelah cukup banyak lalu dibuatnya rakit,kemudian iapun mengalit ke hilir.
Apabila sampai kerumahnya maka dikhabarkan orang apa yang telah belaku,Tun Merah telah diambil oleh Raja.Tun Saban terlalu marah lalu ia kembali masuk kehutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang terlalu besar,kemudian dikerat-keratnya sepanjang sepuluh depa,ditajam pangkal dan hujungnya.Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipujanya selama tiga petang berturut-turut akhirnya batang itupon terbang seperti peluru berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah, menyebabkan banyak kerosakkan kepada itu.
Apabila diketahui oleh Sultan Mudzaffar Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Sultan Shah perbuatan itu datangnya daripada Tun Saban maka baginda pun tersangatlah murka lalu memberi titah menyuruh pukul Chanang iaitu barang siapa dapat membunuh Tun Saban maka orang itu dikurniakan gelaran jadi Bendahara menggantikan Tun Mahmud yang telah pergi ke Johor itu.
Manakala didengar oleh Megat Teraweh akan tawaran baginda itu maka iapon masuklah mengadap Sultan Maudzaffar Shah berdatang sembah,mengaku mengerjakan seperti titah baginda itu.Setelah itu Megat Taraweh pun keluarlah mencari Tun Saban sambil bertanya-tanya kepada orang-rang yang dijumpainya sebab ia tiada tahu dimana Tun Saban berada.
Maka diberi orang tahu,kata mereka Tun Saban sekarang sedang berkubu di Kuala Temonh,ia boleh dilihat moncol diatas kubunya tiga kali dalam sehari.Pagi-pagi berpakaian hijau,tengah hari berpakaian putih dan petang berpakaian merah.
Dengan panduan beberapa orang penunjuk jalan Megat Teraweh pun sampailah ke Kuala Temong pada petang.Sebentar lagi kelihatanlah Tun Saban berdiri diatas kubunya,berpakaian serba merah maka ditembak oleh Megat Teraweh dengan intinggar(senapangnya),kena dada Tun Saban tetapitiada telap(tembus). Peluru tersebut jatuh ketanah lalu diambil oleh Tun Saban,dilihatnya peluru itu bertulis perkataan,”Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong,barang dimana ia jatuh,disitulah Tuannnya menjadi pembesar”.
Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai,lalu iapun menyuruh orang memanggil setelah datang Tun Saban pun berkata,” Hai Megat Teraweh,hamba ini akan matilah terkena tembakan tuan hamba tetapi ada satu permintaan hamba kepada tuan hamba,iaitu sebelum hamba mati hendaklah tuan hamba berkahwin dengan anak hamba Tun Bongsu Bangsawan.” Permintaan Tun Saban itu telah diterima oleh Megat Teraweh maka ia pun dinikahkan dengan Tun Bongsu Bangsawan dihadapan Tun saban.
Lepas itu Tun Saban pun meninggal,lalu dikuburkan orang disuatu tempat bernama Changkat Merah diHulu Perak.Sekarang gobah(kubur)Tun Saban itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah.
Beberapa orang daripada cucu cicit beliau akhirnya dilantik menjadi orang besar diNegeri Perak ini. Maka sangatlah sukacita Sultan Mudzaffar Shah mendengarkan Tun Saban sudah mati itu,beberapa puji-pujian baginda kepad Megat Teraweh lalu dikurniakan sekali gelaran Bendahara Paduka Raja.
Lebih kurang dua puluh satu tahun Sultan Mudzaffar Shah diatas takhta kerajaan maka baginda pun mangkat lalu dimakamkan di Tanah Abang gelarannya ‘Marhum Tanah Abang’.Ganti baginda menaiki takhta ialah putera banginda Raja Mansor,bergelar Paduka Seri Sultan Mansir Shah ibni Al-marhumSultan Mudzaffar Shah)1549-1577).
Baginda mula-mula bersemaidi TanaHmh Abang juga tetapi kemudian berpindah membuat kota istana di Kota Lama Kanan(Ke Hulu sedikit daripada Bandar Kuala Kangsar..
Bersambung lagi Sejarah Huluperak..
Gambar Sekadar Hiasan
Lenggong jer....mcm padu giler je Beb!.
Rumah Sungai, di Kg Kuak Lata Papan, Lenggong, Perak.
Boleh bawa anak-anak jalan bercuti sini. Katanya ada pakej makan lauk kampung sama.

Tuesday, November 5, 2019
Alahai Gerik jerr...
Assalamualaikum geng!
Semoga Sihat Selalu HendakNya....Kadang2 cuti sekolah tak tahu nk buat apakan..nk jalan2 sakan sangat fikir nanti nak buka sekolah nak guna banyak duit...Jadi aku nak bgtau sekali lagi ni geng!
#CutiBajet
#MakanAlaKampung
#BercutiBukanSatuBeban
#ReleaseTension
Call&Whatsapp: 0195188358

Dwasin Kg Pdg Stang pilihan yang sangat sesuai utk percutian bajet anda...kami ada pakej makan dan macam2 aktiviti...tambahan sekarang ni air tengah kaler Hijau jernih...Tenang je rasa..InsyaAllah...
#CutiBajet
#MakanAlaKampung
#BercutiBukanSatuBeban
#ReleaseTension
Call&Whatsapp: 0195188358
Monday, November 4, 2019
IKAN FRESH DARI GERIK AKAN BERADA DI KL!
Huluperak terutama Gerik,memang terkenal dengan pelbagai spesis ikan sungai yang segar bugar daripada air dari hulu sungai perak,seperti kelah,tengas,baung,kateh,sebarau macam2 le lagi..
Tetapi spesis ikan-ikan ini memang sukar nak dapat di Kuala Lumpur sedangkan pengemar ikan sungai ramai di kota metropolitan ini!..Jadi mula sekarang admin akn supplies ikan2 ini di KL..Tggu sehingga admin Open Oder..blh pm fb Tanjung jerai atau pun pages Tajuddin Mohd Ali atau whatsapp 012 2299534
Harga mengikut gred bukan bishe-bishe bossku..huhu..barang baik fresh dari Grik beb!..
Ikan Tenggalan
Gred A = RM... Berat ikan - 1kg hingga 1.3kg
Gred TBB = RM.. Berat ikan - 800g hingga 950g
Gred B = RM.. Berat ikan - 500g - 750g
Gred C = RM.. Berat ikan 450g kebawah...
Ikan tenggalan lebih dr 1.3kg keatas harga lebih mahal...
Ikan baung
Gred A = RM... Berat ikan - 500g - 2kg
Gred B = RM.. Berat ikan - 2kg keatas
Gred C = RM1.. Berat ikan - 500g kebawah
*Ikan kelabau*
Gred A = RM... Berat ikan - 700g keatas
Gred C = RM.. Berat ikan - 650g kebawah
Ikan kelabau xde gred B
Ikan loma
1kg = RM
Ikan Jelawat
3.5kg keatas.. RM
Ikan ubi/hantu
1kg - RM
Ikan kaloi
1kg = RM
Ikan Haruan
1kg = RM
Ikan toman
1kg = RM
Ikan Belida
Gred A = RM.. Berat ikan - 2.5kg keatas
Gred B = RM.. Berat ikan - 2.4kg hingga 1.8kg
Gred C = RM... Berat ikan - 1.7kg hingga kebawah

Subscribe to:
Posts (Atom)